Harian Metro

Sedia Persekitar­an pembelajar­an kondusif

-

Prihatin kekangan dihadapi masyarakat

Orang Asli membabitka­n akses kepada pendidikan terhad, Schneider Electric mengambil inisiatif menyediaka­n ruang belajar lebih lestari dan kondusif buat pelajar Orang Asli di Kampung Sungai Poh, Gopeng bersama Persatuan Suara Kanak-Kanak (SUKA), baru-baru ini.

Ini seiring komitmen syarikat itu sejak 50 tahun lalu untuk meningkatk­an kemudahan sistem pendidikan dan latihan komuniti setempat. Bagi projek tahun ini inisiatif berkenaan diteruskan dengan pelaksanaa­n agenda tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam kerja penstruktu­ran semula bangunan baru membabitka­n pemasangan pendawaian yang lebih selamat sebagai langkah meningkatk­an kemudahan pembelajar­an bagi pelajar komuniti itu.

Presiden Schneider Electric Malaysia Soo

Pow Leong berkata, pihaknya terpanggil untuk melaksanak­an

CSR berkenaan apabila menyedari kekangan dihadapi membabitka­n akses pendidikan kritikal.

“Menurut statistik daripada Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia, 42 peratus masyarakat Orang Asli mempunyai akses yang sangat terhad kepada pendidikan. Atas faktor itu, mereka tidak dapat meneruskan pendidikan ke peringkat sekolah menengah.

“Jadi Schneider mengambil peranan bersama rakan NGO iaitu Persatuan SUKA dalam membantu menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an yang kondusif, mampan dan selamat untuk meningkatk­an taraf pendidikan luar bandar.

“Harapan kami dengan mewujudkan kemudahan kondusif menerusi penstruktu­ran semula bangunan lama kepada ruang baru selain memberi bantuan keperluan lain yang penting untuk kelangsung­an pendidikan masyarakat terbabit, mereka boleh setara dengan bangsa lain apabila membabitka­n penguasaan atau tahap pendidikan,” katanya dalam majlis pelancaran pusat pembelajar­an berkenaan baru-baru ini.

Bagi guru yang menjadi perintis kepada projek berkenaan Wah Dinah Bah Haron berkata, setiap hari muridnya sentiasa teruja untuk mengikuti pembelajar­an namun ruang belajar yang lama dan perkakasan tidak mencukupi menjadi aral kepada semangat mereka.

“Memberi didikan yang sempurna ialah impian saya. Saya berterima kasih kepada Schneider Electric dan SUKA kerana sokongan diberikan dengan membina ruang pembelajar­an yang lebih selamat untuk anak-anak ini,” katanya

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, wakil dari SUKA Anderson Selvasegar­am. Ruang baru itu bukan saja digunakan sebagai bangunan aktiviti pembelajar­an pra sekolah untuk kanak-kanak di kampung itu tetapi juga digunakan sebagai pusat latihan guru prasekolah Orang Asli dari k kampung terpencil seluruh negara.

 ??  ?? SUKARELAWA­N bersama komuniti Orang Asli Sungai Poh, Gopeng.
SUKARELAWA­N bersama komuniti Orang Asli Sungai Poh, Gopeng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia