Harian Metro

Inisiatif wujudkan kelas ceria

-

dalam usaha menjadikan pendidikan formal di sekolah lebih selesa, menarik dan mengujakan.

“Kami organisasi yang cukup prihatin terhadap persekitar­an, terutama masyarakat yang tinggal berhampira­n kawasan lapangan terbang, tempat kami beroperasi.

“Untuk program kali ini, kami menjalin kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Subang (SK Subang) bagi membaik pulih prasarana sedia ada dan menyumbang peralatan sukan ragbi serta memanah.

“Ketika awal perbincang­an, kami dapat lihat banyak struktur prasarana yang perlu dibaik pulih. Oleh itu, melalui sumbangan RM50,000, kami membantu sekolah membaik pulih lantai bilik darjah yang pecah dan berlubang. Keadaan ini tidak boleh dibiar berterusan kerana boleh mengancam keselamata­n murid.

“Selain itu, kami juga menggantik­an pintu lama, papan lembut dan cermin tingkap yang rosak kepada untuk keselesaan murid. Kami harap dengan persekitar­an yang baik dan ceria, ia dapat merangsang motivasi murid untuk lebih bersemanga­t ke sekolah setiap hari,” katanya.

Jelas Badlisham, program yang memberi manfaat kepada hampir

300 murid darjah enam itu dilihat sebagai usaha mapan daripada syarikat korporat dalam membantu mempersiap­kan murid untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hujung tahun ini.

Lebih daripada itu, persekitar­an baru juga diharap bukan saja menarik perhatian murid, malah membantu melancarka­n proses Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP).

Pada majlis penyerahan, murid tampil dengan persembaha­n menarik antaranya demonstras­i memanah dan tarian ‘Hakka’. Ia sebagai simbolik penghargaa­n pihak sekolah kepada Malaysia Airports yang menyumbang peralatan sukan ragbi serta sukan memanah, akhir tahun lalu.

“Adalah sesuatu yang membanggak­an dan luar biasa bagi sekolah harian seperti SK Subang kerana berjaya menganjur dan mewujudkan sukan ragbi serta memanah sejak Jun 2017.

“Kami percaya, mungkin akan wujud klinik sukan ragbi dan memanah di bawah program duta atlet, susulan inisiatif sosial korporat kami ini,” katanya.

Sebagai simbolik penyerahan, Badlisham menandatan­gani plak perasmian Kelas Ceria Malaysia Airports. Beliau kemudian mengambil peluang beramah-mesra dengan murid sambil mengedarka­n pek makanan.

Setakat Disember 2017, Malaysia Airports sudah membantu sembilan sekolah sama ada dari segi membaikpul­ih prasarana, membantu pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris serta menganjurk­an klinik sukan.

 ??  ?? PROGRAM tanggungja­wab
sosial korporat Malaysia Airports untuk mewujudkan persekitar­an selesa
dan kondusif.
PROGRAM tanggungja­wab sosial korporat Malaysia Airports untuk mewujudkan persekitar­an selesa dan kondusif.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I memanah oleh murid.
DEMONSTRAS­I memanah oleh murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia