Harian Metro

Klinik bola sepak bersama pemain legenda

-

Pemain cilik berbakat di sekitar Lembah Klang antara kanak-kanak bertuah apabila terpilih mengikuti klinik latihan bola sepak yang julung kalinya diadakan bersama legenda penyerang Manchester United, Andrew Cole, barubaru ini.

Kumpulan pelajar berkenaan mewakili tiga sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa, SK HICOM dan SK Puchong 14 turut menjadi sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial utama syarikat pengeluar pelbagai jenama terkenal termasuk Cadbury, Mondelez Internatio­nal (Malaysia).

Pengarah Urusannya Swadheen Sharma berkata, penganjura­n klinik bola sepak menerusi Joy Schools adalah usaha bagi menggalakk­an gaya hidup aktif dalam kalangan kanak-kanak.

“Kajian Laporan Kesihatan Kanak-kanak Aktif Malaysia 2016 menunjukka­n hampir 70 peratus kanakkanak di Malaysia tidak membudayak­an gaya hidup aktif.

“Oleh itu, Joy Schools menerusi satu daripada terasnya, permainan aktif, menganjurk­an klinik ini kerana kami ingin menggalakk­an pembabitan fizikal yang boleh membantu membangunk­an kemahiran sosial dan kognitif mereka.

“Bola sepak bukan sekadar permainan bahkan ia ruang untuk anak ini belajar seterusnya mengambil langkah lebih positif ke arah menjamin kesejahter­aan diri masingmasi­ng.

“Pembabitan bintang terkenal bola sepak, Andrew Cole, yang melakukan aktiviti bersama-sama dapat memberi semangat dalam diri kanak-kanak ini mengejar impian mereka.

“Pada masa sama, mereka dapat menimba pengalaman menyeronok­kan, mengenal erti ketekunan dan membentuk kerjasama dalam satu pasukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, klinik bola sepak ini turut menjadi platform kepada Mondelez Internatio­nal (Malaysia) berkongsi saat manis dengan jutaan peminat bola sepak pelbagai lapisan usia di seluruh negara.

Sementara itu, Andrew Cole yang berada di Malaysia bagi pelancaran Cadbury FC, mengakui tertarik dengan semangat dan komitmen yang ditunjukka­n peserta terhadap sukan bola sepak

“Saya gembira kerana berpeluang berkongsi pengalaman dan kepakaran bersama pemain muda yang berbakat ini.

“Bola sepak adalah satu cara menyeronok­kan untuk kekal aktif, dalam masa sama, ia banyak mengajar diri saya dari pelbagai kemahiran hidup yang berguna hingga hari ini.

“Saya berharap pemain cilik ini akan terus mengekalka­n tahap tenaga, semangat dan kesungguha­n yang ditunjukka­n di padang dan menerapkan sikap yang sama dalam setiap aspek kehidupan mereka,” katanya.

Bagi peserta muda klinik bola sepak ini, pertemuan dengan Cole memberi inspirasi kepada mereka untuk berusaha meningkatk­an lagi prestasi masing-masing dalam sukan ini.

 ??  ?? PELAJAR bersama Cole (berdiri belakang 10 dari kiri).
PELAJAR bersama Cole (berdiri belakang 10 dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia