Harian Metro

Aktiviti menyentuh jiwa

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sebak dan terharu sebaik melihat potret kejayaan Pertubuhan Kebajikan Projek Amal Selangor dan Kuala Lumpur (Project Amal) membawa tiga warga emas terpilih mengerjaka­n umrah, baru-baru ini. Bukan senang peluang seumpama itu direalisas­ikan dengan cemerlang.

Teringat pertemuan awal dengan presiden badan bukan kerajaan (NGO) ini tahun lalu. Kata Syahrizal Ismail, beliau mahu menyelitka­n sebanyak mungkin kelainan dalam setiap kerja kebajikan yang dilakukan pada masa depan.

Membantu mangsa bencana, membawa ratusan anak yatim mengunjung­i pesta jualan buku Big

Bad Wolf, menunaikan impian anak kurang berkemampu­an menyertai Summer Camp, malah membawa gelandanga­n menunaikan umrah!

Semua aktiviti yang dianjurkan menyentuh jiwa masyarakat.

Terbukti memang

Project Amal tidak pernah mengehadka­n perjalanan­nya dalam melaksanak­an pelbagai program sejak ditubuhkan pada 2013.

Terbaru, NGO itu mengulang usaha murni membawa tiga warga emas asnaf menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. Kata Syahrizal, idea dan perancanga­n teliti mula dibentang ketika mesyuarat ahli jawatan kuasa (AJK) pada hujung tahun lalu.

“AJK kami terdiri daripada wakil pelbagai kaum dan agama. Selepas berbincang, kami membuat keputusan menghantar tiga lagi warga emas asnaf bersama seorang wakil Project Amal menunaikan umrah.

“Kali pertama kami menghantar tiga warga emas asnaf dan seorang wakil untuk tujuan sama pada 2014. Jadi, tahun ini kami meneruskan lagi kerjasama dengan Pemadam Selangor dan berjaya mendapatka­n sumbangan dana berjumlah hampir RM 30,000 daripada Tenaga Nasional Berhad, Honda Global Amity, Myrelo, The Storage People, Jojie Beauty, Atlas One Events, MISB Resources serta sumbangan orang ramai dari seluruh negara,” katanya.

Jelas Syahrizal, dana diperoleh bukan saja dibelanjak­an untuk membayar khidmat agensi umrah, tetapi turut digunakan bagi membeli kelengkapa­n termasuk pakaian, ihram dan ubatubatan.

“Kami juga beri sedikit peruntukan perbelanja­an untuk keluarga mereka di Malaysia dan menanggung segala jenis perbelanja­an jemaah ketika mereka di Tanah Suci.

“Alhamdulil­lah, semua yang dirancang berjalan lancar dan jemaah tidak perlu mengeluark­an walau 10 sen sepanjang mengikuti Project Umrah 2018. Tiga warga emas bertuah yang terpilih adalah Encik Rosli, Puan Dhina dan Puan Salmah.

“Mereka berlepas ke Makkah pada 13 Januari dan sempat singgah ke Madinah pula sebelum kembali ke Malaysia. Paling penting, semua jemaah gembira dengan hadiah yang diberikan Allah SWT dan pastinya mereka amat bersyukur atas pemberian yang tidak ternilai ini,” katanya.

BERDEBAR DAN TERUJA

Mengakui kerja amal menghantar individu mengerjaka­n umrah memerlukan kesabaran, iltizam dan kesungguha­n tinggi, Syahrizal tetap berbesar hati apabila usaha yang dirangka selama tiga bulan membuahkan hasil terbaik.

“Kalau boleh, kami memang mahu melakukan semua perkara untuk jemaah. Kami mahu mereka rasa sendiri bukan saja impian ke Tanah Suci menjadi realiti, tetapi berpeluang menikmati tempoh ibadah yang cukup tenang.

“Untuk itu, banyak cabaran dan dugaan ditempuh terutama dari segi mencukupka­n sumber kewangan. Syukur kepada Allah SWT, semuanya diatasi dengan kerjasama penaja korporat dan individu.

“Secara peribadi, saya berdebar saat jemaah berlepas hinggalah mereka pulang. Begitupun, semua usaha ini lancar dan memberi banyak pengalaman baru untuk terus dijadikan panduan dalam melaksanak­an kerja amal di masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? SYAHRIZAL (baju biru) bersama ahli Project Amal dan anggota Pemadam Selangor menghantar jemaah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.
SYAHRIZAL (baju biru) bersama ahli Project Amal dan anggota Pemadam Selangor menghantar jemaah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.
 ??  ?? BERTEMU keluarga jemaah sebelum berangkat. Kami juga beri sedikit peruntukan perbelanja­an untuk keluarga mereka di Malaysia dan menanggung segala jenis perbelanja­an jemaah ketika mereka di Tanah Suci
BERTEMU keluarga jemaah sebelum berangkat. Kami juga beri sedikit peruntukan perbelanja­an untuk keluarga mereka di Malaysia dan menanggung segala jenis perbelanja­an jemaah ketika mereka di Tanah Suci
 ??  ?? ROSLI ketika di Tanah Suci.
ROSLI ketika di Tanah Suci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia