Harian Metro

Single versi Hindi

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Aizat Amdan yang baru melancarka­n single terbarunya berjudul Sampai Ke Hari Tua muncul menghasilk­an versi Hindi pula untuk lagu itu.

Ditemui pada pelancaran single itu, baru-baru ini, Aizat berkata, versi Hindi ini dibuat kerana rasa cintanya dan abangnya, Anas yang juga penerbit lagu itu terhadap lagu serta filem Hindi selama ini.

“Sejak kecil, lagu dan filem Hindi diterima baik di negara ini. Jadi, kami fikir nak cuba buat sesuatu yang baru untuk peminat.

“Diikutkan versi asal lagu ini pun sudah ada elemen Hindustan di permulaan lagu, jadi inilah peluang untuk buat versi lain,” katanya.

Mereka beranggapa­n percubaan menghasilk­an lagu versi Hindi ini pasti membawa elemen yang menarik.

Katanya, bahasa Hindi adalah bahasa yang indah dan mempunyai sisi romantikny­a tersendiri.

Untuk itu, Aizat mendapatka­n khidmat terjemahan daripada rakan keluarga iaitu Jassi yang boleh berbahasa Hindi.

Aizat berkata, Jassi yang juga jururawat lelaki bertanggun­gjawab menjaga bapanya yang terbabit dalam sesi rakaman untuk memastikan sebutan dan nyanyianny­a betul.

Dia juga tidak menafikan untuk menghasilk­an versi bahasa Mandarin pula dalam masa terdekat.

“Bapa ada menyatakan hasrat mahu melihat saya menyampaik­an lagu dalam bahasa selain bahasa Malaysia terutama

Mandarin.

“Jujurnya saya

Aizat cuba kelainan untuk lagu Sampai Ke Hari Tua dilancarka­n, baru-baru ini

dan abang agak gementar tapi selepas melihat beberapa penyanyi tempatan yang berjaya di luar negara menyanyika­n lagu dalam pelbagai bahasa, rasanya kami patut mencubanya,” katanya lagi.

Aizat hampir sebak bercakap mengenai bapanya, Datuk Amdan Mat Din yang mengalami angin ahmar dan kini berada di bawah penjagaan keluarga di rumah.

Katanya, ketika menyiapkan lagu baru, dia akan perdengark­an lagu itu kepada bapanya yang kini lumpuh separuh

badan.

“Biarpun tiada reaksi daripadany­a disebabkan masalah kesihatan dihadapi, saya percaya dia mendengarn­ya dan gembira dengan hasil kerja kami.

“Kiranya penghasila­n lagu dalam versi Hindi dan Mandarin kelak adalah menyahut hasratnya yang disuarakan sebelum perkara ini berlaku,” katanya.

Pada majlis pelancaran yang dihadiri peminat serta keluarga, Aizat menyampaik­an beberapa lagu popularnya seperti Sungai Lui, Lagu Kita serta Sampai Ke Hari Tua versi Hindi.

Versi Hindi lagu itu dilancarka­n di semua pelantar digital bermula 27 April ini manakala versi Mandarin pula bakal dirakam dan dilancarka­n pada 11 Mei depan.

Video muzik versi asal lagu ini sudahpun mencatat lebih 1.3 juta tontonan di YouTube Vlog Aizat sejak dilancarka­n pada 15 Februari lalu.

Sejak kecil, lagu dan filem Hindi diterima baik di negara ini. Jadi, kami fikir nak cuba buat sesuatu yang baru untuk peminat

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia