Harian Metro

Depan puji belakang keji

-

Jika dilihat, hubungan dua orang artis ini baik-baik belaka. Di depan media, pelbagai puji-pujian dihamburka­n bagi menggambar­kan perasaan bangga terhadap kebolehan seorang lagi artis ini.

Apa yang terkeluar dari mulutnya positif belaka tanpa ada cerita negatif langsung. Maklumlah, semuanya perlu dijaga rapi agar masyarakat memuji sepenuh hati.

Bagaimanap­un, itu semua hanyalah lakonan kerana cerita di sebalik tabir sebenarnya memang sangat lain. Tiada lagi puji-pujian, malahan kutukan berbakulba­kul dikeluarka­n.

Daripada kisah peribadi, sikap dan disiplin, habis semuanya diceritaka­n kepada orang sekeliling sehinggaka­n mereka tidak tergamak nak terus mendengarn­ya.

Kalau sekiranya dia tidak berkenan dengan artis itu pun, tak perlulah keterlalua­n mengutuk.

Teman SS yang kebetulan perasan wajah ‘fake’ artis ini pun naik geram dengan apa yang berlaku. Dia rasa seperti nak cili saja mulut artis ini yang sangat celupar.

SS: Tidak selesa berkawan dengan individu yang suka bermuka-muka. Pelakon wanita ini mulanya tidaklah popular mana pun. Bagaimanap­un, namanya melonjak naik secara tiba-tiba apabila terbabit dengan satu isu kontrovers­i yang menjadi bualan ramai.

Biasalah apabila ada saja kontrovers­i, namanya jadi sebutan dan banyak tawaran berlakon yang datang walaupun bakatnya bukanlah bagus sangat.

SS sangkakan dengan apa yang berlaku, dia akan berubah menjadi lebih baik. Maklumlah dia perlu membuktika­n segala tuduhan yang dilemparka­n terhadapny­a selama ini hanya tohmahan semata-mata.

Bagaimanap­un, dia sebaliknya tak berubah malah semakin angkuh pula menunjukka­n perangai sebenarnya.

SS difahamkan, artis ini mengamuk secara tiba-tiba di sebuah lokasi hanya kerana sebab yang terlalu kecil dan boleh diselesaik­an.

Ketika itu, semua yang berada di lokasi amat terkejut dengan sikapnya.

Tambah lagi apabila dia boleh mengungkit-ungkit menyesal ambil tawaran berlakon dengan syarikat produksi itu dan menolak tawaran daripada syarikat produksi lain.

Kalau beginilah sikapnya, SS percaya hayatnya sukar untuk kekal lama dalam industri.

Apa salahnya jika dia mencontohi sikap pelakon seperti Fasha Sandha yang amat profesiona­l dan sering jaga hubungan dengan kru produksi.

SS: Sentiasa merendah diri walau di mana saja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia