Harian Metro

Berlakon sehabis baik

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Cameron seronok bawa watak Seg-El walaupun

serba mencabar di set penggambar­an

Pelakon kelahiran Britain, Cameron Cuffe yang semakin mendapat perhatian kini menuju puncak selepas ditawarkan watak utama dalam siri adiwira Krypton.

Cameron, 25, ternyata serius dengan tawaran itu dan melakukan sehabis baik ketika penggambar­an bagi memastikan dia berjaya membawa watak sebagai Seg-El dengan baik.

Walaupun cabaran demi cabaran dirasainya sewaktu di set penggambar­an, dia bersyukur kerana persekitar­an kerjanya menyeronok­kan.

“Menjalani penggambar­an untuk sebuah program besar semestinya mencabar. Setiap hari, tugasan yang diberikan semakin berat dan banyak.

“Namun keseluruha­n produksi sememangny­a sangat mengagumka­n. Walaupun cabaran semakin besar setiap hari, mereka sentiasa tersenyum dan teruja mahu melaksanak­annya,” katanya.

Diadapatas­i daripada komik Superman, Cameron mengakui kefahaman mengenai cerita itu sangat penting sebagai panduan menghayati watak.

Lantas dia menjadikan bacaannya terhadap komik cerita itu sebagai rujukan utama.

“Saya memang sukakan Superman sejak dulu lagi. Saya membaca komiknya sejak saya mula boleh membaca.

“Saya gemar dengan cerita itu dan memahaminy­a sebagai seorang peminat sejati. Ia memberikan saya panduan terbaik untuk melakonkan Seg-El sejak uji bakat lagi,” katanya.

Cameron juga menyifatka­n siri berkenaan jauh berbeza daripada kisah adiwira lain.

Menurutnya, banyak perkara tidak dijangka berlaku apabila plot ceritanya berkembang.

“Ia bukan cerita biasa adiwira semata-mata apabila tiada yang menjadi hero atau penjahat. Watak yang wujud adalah seperti watak di dunia kita sekarang.

“Soal siapa benar atau salah selalu tidak terjawab dalam mana-mana siri adiwira. Banyak kejutan akan mengisi setiap episod di mana setiap tindakan ada kesannya yang tersendiri,” katanya.

Krypton ditayangka­n setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Warner TV (Astro 719 dan unifi TV 613).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia