Harian Metro

Terjun laut tinggal rokok

- Norizzah Baharudin news@nstp.com.my

 Enam warga asing lolos bawa muatan seludup dianggar bernilai RM800,000

Enam warga asing nekad terjun ke laut apabila cubaan mereka menyeludup 20,000 karton rokok bernilai RM800,000 di perairan pantai Pengkalan Balak di sini, dipatahkan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jumaat lalu.

Sebelum meloloskan diri dalam kejadian jam 4 pagi itu, mereka bertindak agresif merempuh bot Maritim Malaysia sehingga memaksa pihak Maritim melepaskan tembakan ke arah enjin bot dinaiki mereka.

Pengarah Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan (DM5), Kapten Maritim Amran Daud berkata, sepasukan anggota Maritim Malaysia menjalanka­n rutin operasi sebelum mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigak­an dari arah negara jiran.

Beliau berkata, anggotanya mengejar selama 20 minit sebelum bot itu merempuh bot anggota Maritim Malaysia.

“Susulan itu, anggota kami terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran.

“Bagaimanap­un, tindakan agresif suspek mendesak anggota kami melepaskan 38 das tembakan ke arah enjin bot, sebelum keenam-enam mereka terjun ke laut dan berenang ke pesisir pantai Pengkalan Balak lalu meloloskan diri,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Amran berkata, pemeriksaa­n menemui muatan kotak besar dibungkus plastik hitam di bot gentian kaca terbabit.

Katanya, hasil pemeriksaa­n menemui 400 kotak besar mengandung­i 20,000 karton rokok putih jenama Canyon.

Menurutnya, bot mempunyai empat enjin sangkut jenis Yamaha 200 kuasa kuda itu ditunda ke Jeti DM5 untuk siasatan.

 ??  ?? AMRAN menunjukka­n bot gentian kaca yang digunakan penyeludup. AMRAN (tengah) pada sidang media rampasan rokok seludup di Pejabat Maritim Malaysia Kuala Linggi, semalam.
AMRAN menunjukka­n bot gentian kaca yang digunakan penyeludup. AMRAN (tengah) pada sidang media rampasan rokok seludup di Pejabat Maritim Malaysia Kuala Linggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia