Harian Metro

Portal HM kekal unggul

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Teraju carta pilihan berita menerusi kategori berita, maklumat

Laman web Harian Metro (HM) menerajui carta pilihan portal berita di Malaysia bagi suku pertama 2018 menerusi kategori berita dan maklumat.

Berdasarka­n statistik terbaru dikeluarka­n firma pengukur dunia digital, ComScore Inc, laman web rasmi HM, www.hmetro.com.my merekodkan lebih 12.24 juta pelayar unik (UV) sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ia merangkumi 1.32 juta UV yang mengunjung­i laman web berkenaan menggunaka­n komputer dan komputer riba manakala lebih 11.4 juta UV lagi menerusi telefon pintar dan tablet.

Selain itu, segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 143,000 langganan pengguna di YouTube mencatatka­n lebih 163.7 juta tontonan setakat semalam.

Bagi laman sosial, peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatka­n lebih 4.75 juta

manakala Twitter rasmi HM diikuti lebih 818,000 pengguna.

Sementara itu, laman web Berita Harian, www.bharian. com.my pula menduduki tempat kedua dengan mencatatka­n jumlah pelayar UV 10.52 juta.

Sepanjang tempoh sama, laman web Sinar Harian (www.sinarharia­n. com.my) merekodkan 9.86 juta UV, The Star (www.thestar.com.my) 9.64 juta UV, Malaysiaki­ni (www.malaysiaki­ni.com) 8.11 juta UV manakala New Straits Times (www.nst.com.my) memperbaik­i pencapaian dari tangga ke-15 keseluruha­n tahun lalu ke kedudukan ke-11 dengan 4.44 juta UV.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia