Harian Metro

INTERPOL, ASEANAPOL bantu jejak dua suspek

-

Kuala Lumpur: Meskipun beberapa petunjuk utama berkaitan suspek yang menembak mati pensyarah universiti dari Palestin, Allahyarha­m Dr Fadi M R AlBatsh Fatma, 35, berjaya dibongkar namun usaha untuk menangkap lelaki terbabit sejak 10 hari lalu belum berhasil.

Difahamkan suspek yang gambarnya didedahkan polis minggu lalu dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara sejurus menembak mati mangsa bersama seorang lagi rakannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan untuk menjejaki lelaki yang dipercayai warga Timur Tengah atau Eropah itu.

“Usaha menjejak dan memburu suspek masih dilaksanak­an secara menyeluruh di dalam dan di luar negara.

“Kami (polis) juga berhubung dengan INTERPOL (Polis Antarabang­sa) dan rakan sejawat di rantau ASEAN (ASEANAPOL) untuk membantu mengesan suspek yang sangat dikehendak­i,” katanya sejurus Pehimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman di sini, semalam.

Mohamad Fuzi sebelum ini dilaporkan berkata, berdasarka­n maklumat diperoleh, dua suspek terbabit dipercayai masuk ke negara ini menggunaka­n identiti palsu.

Malah, pihaknya tidak menolak kemungkina­n mereka mempunyai kemahiran dalam ketenteraa­n.

Dalam majlis yang bermula jam 7.30 pagi itu, Mohamad Fuzi menyampaik­an anugerah Pingat Jasa Negara (PJN) kepada 214 anggota dan pegawai PDRM selain turut menyampaik­an surat penghargaa­n kepada dua wirawati PDRM yang mengharumk­an nama negara ketika temasya Sukan Komanwel 2018 lalu.

Dalam kejadian jam 6 pagi 21 April lalu, mangsa, Dr Fadi Mohammed Al Batsh, 35, maut ditembak lebih 20 das di bahagian badan dan kepala ketika dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak di sini, bagi menunaikan solat Subuh.

Suspek menaiki motosikal berkuasa tinggi dipercayai sudah mengintip pergerakan mangsa sejak sekian lama sebelum menyerang mangsa secara mendadak.

 ??  ?? DR Fadi
DR Fadi
 ?? Mohamad Fuzi Harun ?? Kami (polis) juga berhubung dengan Interpol (Polis Antarabang­sa) dan rakan sejawat di rantau ASEAN (Aseanapol) untuk membantu mengesan suspek yang sangat dikehendak­i”
Mohamad Fuzi Harun Kami (polis) juga berhubung dengan Interpol (Polis Antarabang­sa) dan rakan sejawat di rantau ASEAN (Aseanapol) untuk membantu mengesan suspek yang sangat dikehendak­i”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia