Harian Metro

‘Kemuncak’ kemarahan isteri

-

Berang selepas dinasihati suami tidak membuat bising ketika berbual di telefon dipercayai punca lelaki terbabit mati ditetak isterinya sendiri.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa berusia 40-an diserang isterinya bersenjata­kan parang pemotong daging ketika berada di rumah di Sungai Makau, di sini.

Mangsa yang cedera dibawa jirannya menaiki kereta ke Balai Polis Batu 14, Hulu Langat di sini, jam 12 tengah malam (semalam) sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di lengan kanan akibat dilibas parang oleh isterinya warga Vietnam berusia 30-an.

Menurut jiran mangsa yang enggan dikenali, isteri mangsa dikatakan berbual dengan rakannya menerusi panggilan telefon sebelum pergaduhan tercetus.

Katanya, perbualan rancak isteri mangsa dianggap terlalu bising menyebabka­n suaminya marah hingga berlaku pertengkar­an antara mereka.

Difahamkan wanita terbabit sering dipukul suaminya sebelum ini.

“Pasangan itu dikatakan berkahwin tiga tahun lalu dan mempunyai anak lelaki berusia dua tahun.

“Mereka sering bergaduh menyebabka­n wanita berkenaan dipukul. Kejadian malam tadi mungkin ‘kemuncak’ kemarahan wanita itu yang sering dipukul,” katanya.

Sementara itu Ketua

Polis Daerah Kajang

Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff ketika dihubungi memaklumka­n wanita terbabit direman tujuh hari hingga 5 Mei ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia