Harian Metro

65,000 kerja baru

- Siti Azila Alias dan Esther Landau

 Kerajaan lulus untuk sektor pendidikan, polis, bomba

cnews@nstp.com.my

Kerajaan meluluskan 65,000 perjawatan baru tahun ini bagi memenuhi keperluan institusi perkhidmat­an awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, ini kerana populasi masyarakat yang semakin berkembang men dorong kepada pertambaha­n institusi di kawasan tertentu, justeru, memerlukan ramai kakitangan awam untuk mengisi jawatan dalam sektor berkaitan.

Katanya, antara sektor kritikal perlu diisi adalah pendidikan selain menambah bilangan anggota polis dan bomba.

“Ada pihak kata, kita tidak perlu sampai 1.6 juta penjawat awam sebaliknya, hanya perlu 430,000. Sistem kita tak sama seperti di Amerika Syarikat, kita lain yang mana perkhidmat­an awam adalah tetap, berpencen dan lantikan pula dibuat di bawah Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA).

“Paling penting, dalam amanat Perdana Menteri sebelum ini memberitah­u kerajaan tidakmenge­cilkan saiz perkhidmat­an awam sebaliknya, ada sektor kritikal yang perlu ditambah lagi perjawatan­nya.

“Kami tidak kurangkan pengambila­n sebelum ini tetapi kekalkan dengan menggunaka­n pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) namun sekarang disebabkan permintaan lebih kita kena tambah penjawat awam,” katanya pada majlis Penyampaia­n Amanat KSN bersama warga Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Angkasapur­i, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ali menyaranka­n kakitangan awam membantu kerajaan berkongsi kejayaan dasar negara dengan rakyat menerusi media sosial dan tidak hanya mengharapk­an kepada institusi saja seperti RTM dan KKMM.

Katanya, ini kerana era digital kini lebih banyak mendedahka­n berita palsu berbanding apa sebenarnya dikecapi negara.

“Kami semua tahu banyak kejayaan dicapai negara tetapi di media sosial ia tidak diberi keutamaan sebaliknya hanya banyak perkara negatif.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh bergantung kepada institusi saja, penjawat awam secara individu perlu membantu dekati rakyat dalam WhatsApp atau media sosial ,” katanya.

 ?? Ali Hamsa ?? Kami tidak kurangkan pengambila­n sebelum ini”
Ali Hamsa Kami tidak kurangkan pengambila­n sebelum ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia