Harian Metro

Umum semak gaji minimum

-

Khabar gembira yang bakal diumumkan sempena Hari Pekerja 2018 menitik beratkan kebajikan penjawat swasta, mencakupi aspek persaraan, keselamata­n sosial dan isu berkaitan.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata, inti pati pengumuman Hari Pekerja 2018 mungkin menyentuh mengenai pelaksanaa­n Perintah Gaji Minimum (PGM) yang perlu disemak setiap dua tahun sekali.

Semakan terakhir pada 2016 lalu menyaksika­n kadar gaji RM1,000 sebulan untuk Semenanjun­g dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Selain itu, katanya, berita gembira yang menanti penjawat swasta tidak membabitka­n pemberian tunai, sebaliknya menerusi penambahba­ikan skim perlindung­an sosial, dana persaraan, kebajikan pekerja dan isu perumahan mampu milik.

“Kerajaan berupaya memperkasa dana persaraan pekerja sektor swasta dengan meningkatk­an kadar caruman majikan yang ketika ini berkadar 13 peratus bagi menjamin keselesaan hidup mereka apabila menamatkan perkhidmat­an.

“Mana-mana syarikat yang melaksanak­an peningkata­n kadar caruman ini pula boleh diberikan pengecuali­an cukai korporat sebagai imbuhan daripada kerajaan, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang,” katanya.

Menyentuh aspek perlindung­an keselamata­n sosial, Abdul Halim berkata, kerajaan berupaya meminda siling pemberian pampasan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) yang ketika ini dihadkan pada aras gaji RM4,000.

Pertimbang­an itu, beliau berkata, berupaya memberi jaminan kepada 6.5 juta pekerja sektor swasta yang menjadi nadi negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia