Harian Metro

‘Gaji agak

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 BGM sedia latihan bertaraf antarabang­sa bagi pengawal peribadi, keselamata­n di Malaysia

Subang:

Pekerjaan pengawal peribadi dan keselamata­n semakin berkembang malah mendapat permintaan tinggi daripada ahli perniagaan luar negara berikutan kemahiran dan keupayaan mereka mengendali­kan situasi cemas dengan berkesan menerusi pelbagai program yang dilaksanak­an sebelum ini.

Presiden Persatuan Pengawal Peribadi (BGM) Bakrim Ebok berkata, pihaknya sentiasa menambah baik modul kursus dengan menyediaka­n latihan bertaraf antarabang­sa sehingga peringkat diploma keselamata­n daripada institut latihan,

sekali gus memastikan mereka lebih berdaya saing serta memenuhi pasaran semasa.

Beliau berkata, kerjasama syarikat penyedia perkhidmat­an kawalan keselamata­n juga membolehka­n pengawal peribadi dan keselamata­n terlatih mempunyai pekerjaan yang semakin mendapat permintaan tinggi terutama membabitka­n syarikat besar.

“Pada masa sama, kita juga menjalinka­n kerjasama dengan

bagi membolehka­n individu yang mahu terbabit dalam dunia pengawal keselamata­n dan peribadi lebih terlatih.

“Kita menyediaka­n tiga modul latihan dan pembelajar­an yang membolehka­n mereka diiktiraf memiliki pengetahua­n asas serta berkeboleh­an dalam mengendali­kan situasi cemas dan merbahaya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perjanjian Persefaham­an antara syarikat kawalan keselamata­n dan BGM, di sini, kelmarin.

Menurutnya, peluang pekerjaan membabitka­n kawalan keselamata­n dan pengawal peribadi semakin mendapat permintaan tinggi terutama daripada ahli perniagaan luar negara.

“Ramai yang tidak tahu sebenarnya gaji sebagai pengawal peribadi agak tinggi namun kebanyakan individu melihatnya sebagai pekerjaan berbahaya dan kelas kedua.

“Oleh itu, BGM mahu memantapka­n lagi kerjaya berkenaan dengan menyediaka­n pengawal peribadi dan keselamata­n terlatih dan diiktiraf peringkat antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Target Security Sdn Bhd Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hamzah berkata, kerjasama dengan pihak persatuan dan beberapa syarikat lain membolehka­n pemilihan pengawal keselamata­n dan peribadi dilaksanak­an dengan lebih sistematik.

“Peluang yang disediakan itu memudahkan syarikat keselamata­n mendapatka­n pengawal peribadi dan keselamata­n terlatih selain bebas daripada sebarang rekod jenayah.

“Mereka sudah terlatih dan mampu melakukan sebarang kerja menyelamat serta kawalan lebih teratur menerusi ilmu yang diterapkan ketika menghadiri kursus terbabit,” katanya.

 ??  ?? BAKRIM (duduk kiri) bersama peserta Seminar Bodyguardi­ng dan Perundanga­n Hak Pertahanan Persendiri­an dan Akta Senjata Api.
BAKRIM (duduk kiri) bersama peserta Seminar Bodyguardi­ng dan Perundanga­n Hak Pertahanan Persendiri­an dan Akta Senjata Api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia