Harian Metro

JPN perjelas dua kaedah pertukaran alamat

-

Putrajaya: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) memperinci­kan kewujudan dua kaedah bagi merekod alamat terkini pemilik kad pengenalan sama ada ia dicetak pada permukaan kad atau mengemas kini maklumat berkenaan dalam cip sedia ada.

Dalam satu kenyataan semalam, JPN berkata, perincian itu turut termaktub dalam Peraturan 15(2), Peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

“Cetakan alamat terkini pada kad pengenalan memerlukan gantian kad baharu dengan kadar bayaran RM10, manakala kadar bayaran mengemas kini rekod cip pada kad sedia ada tanpa gantian kad baharu pula sebanyak RM2.

“Selaras dengan dengan perundanga­n dan peraturan yang berkuat kuasa, pertukaran alamat kediaman pada kad pengenalan itu perlu direkodkan oleh JPN berdasarka­n kepada permohonan pemilik.

“JPN ingin menjelaska­n kekeliruan sesetengah pihak berhubung isu pertukaran rekod alamat kediaman pada kad pengenalan yang tular di media sosial, baru baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, JPN turut menasihatk­an orang ramai supaya menghubung­i pejabat JPN bagi mendapatka­n sebarang maklumat dan penjelasan lanjut berkaitan dokumen pengenalan diri yang dikeluarka­n.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila berlaku kekecohan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandara­n Bentong apabila calon pembangkan­g PKR mempersoal­kan status kad pengenalan calon Barisan Nasional DUN Ketari, Datuk Lau Hoi Keong yang didakwa tidak beralamat di Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia