Harian Metro

Foto tak masuk akal! Salma akui nama suami ‘busuk’

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pelakon Raja Ilya hanya mampu ketawa sebaik saja melihat foto suntingan seolah-olah dia berpakaian watak adiwira Captain Marvel yang mula ditularkan netizen sejak kelmarin.

Raja Ilya, 32, ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu bagaimana hendak memberi maklum balas mengenai perkara itu.

“Tak masuk akal! Saya pun tak tahu nak cakap apa. Cuma saya harap mereka ambil kesempatan untuk melakukan solat taubat sempena Nisfu Syaaban malam ini (semalam).

“Jika saya tolak tawaran Marvel Studios kerana perlu tampil seksi, cuba tengok gambar yang tular itu, adakah terlalu seksi?” katanya ketawa.

Raja Ilya berkata, foto itu hanyalah usikan nakal netizen yang mahu mencipta kontrovers­i.

Apatah lagi, filem adiwira The Avengers: Infinity War terbitan Marvel Studios baru ditayangka­n di pawagam tempatan.

Pada Mac lalu, pelakon drama Syurga Tak Sempurna ini mengumumka­n menolak tawaran berlakon filem terbitan Marvel Studios kerana ada babak kurang sesuai dan bercanggah

 Raja Ilya bidas usikan nakal netizen

dengan statusnya sebagai penganut Islam.

Bagaimanap­un, pendedahan itu dianggap ‘auta’ oleh segelintir netizen yang menuduhnya sebagai menipu tawaran lakonan dalam filem francais mega di Amerika Syarikat itu.

Pada masa ini, Ilya sibuk menjalani sesi promosi filem seram terbaru berjudul Felina arahan Sandosh Kesavan. Kuala Lumpur: Penyanyi Salma mengakui hukuman penjara 14 hari yang dijatuhkan terhadap suaminya, Mohammad Azri Abdullah, 20 April lalu meninggalk­an kesan hitam dalam hidup mereka sekeluarga.

Salma atau nama sebenarnya Salmah A Asis, 27, berkata, disebabkan itu suaminya dilemparka­n dengan pelbagai tohmahan selain menyifatka­n bekas bintang Akademi Fantasia musim kesembilan itu bapa tiri kejam.

“Walaupun hanya 14 hari, tapi nama suami sudah ‘busuk’. Malah, ketika berita disiarkan, ruangan komen di Instagram saya dibanjiri dengan komen keterlalua­n. Mereka yang tidak kenal secara peribadi memberikan komen negatif sedangkan keluarga dan kenalan rapat sangat tidak bersetuju dengan persepsi masyarakat terhadap suami saya.

“Sebagai isteri, saya cukup terasa kerana lebih mengenali suami. Orang luar yang tidak tahu cerita sebenar pula bersikap berlebih-lebih. Jadi, berhenti untuk bercakap sesuatu yang tidak baik.

“Bagi saya, kalau tidak ada yang baik untuk diperkatak­an, lebih baik diam. Cuba letak diri anda di tempat saya. Apa yang anda rasa? Lagipun, suami saya mengaku bersalah atas nasihat peguam,” katanya kepada Harian Metro.

Salma yang juga bekas juara program 3 Juara berkata, dia kini lebih bersemanga­t untuk bekerja selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan.

“Kalau ikutkan, saya nak duduk rumah saja. Tapi, menyanyi adalah punca pendapatan saya. Jadi, saya perlu untuk keluar bekerja,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR yang disunting oleh netizen memaparkan Raja Ilya memakai kostum
Captain Marvel.
GAMBAR yang disunting oleh netizen memaparkan Raja Ilya memakai kostum Captain Marvel.
 ??  ?? SALMA
SALMA
 ??  ?? SALMA
SALMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia