Harian Metro

AmanahRaya tawar penulisan wasiat percuma

-

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menawarkan penulisan wasiat secara percuma kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md Yusof berkata, tawaran itu mula diperkenal­kan pada 1 Januari 2018.

Katanya, penulisan wasiat percuma itu bagi pencarum KWSP yang melantik AmanahRaya sama ada sebagai penama atau pemegang amanah yang boleh ditebus dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penamaan dibuat.

“Bagi ahli KWSP yang telah mempunyai wasiat di AmanahRaya, mereka layak menerima satu pindaan kepada wasiat sedia ada secara percuma dalam tempoh enam bulan dari tarikh penamaan.

“Kami menjangkak­an lebih ramai pencarum akan melantik AmanahRaya yang mana terdapat kira-kira 13 juta ahli KWSP setakat September 2017.

“Bagaimanap­un, untuk permulaan, kami menyasarka­n lebih 1,000 ahli akan melantik AmanahRaya,” katanya yang ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, banyak kes yang berlaku yang mana pewaris meletakkan penama anak yang belum capai usia 18 tahun.

Adenan berkata, masih ramai yang terkeliru dengan terma penama pada simpanan KWSP, Tabung Haji, insurans, Takaful, Unit Saham dan lain-lain.

“Penama khususnya bagi orang yang beragama Islam bukan bermaksud pemilik harta atau wang yang ditinggalk­an si mati.

“Penama sebenarnya hanya bertindak sebagai pemegang amanah bagi harta pewaris sama ada berbentuk pampasan takaful/insurans dan simpanan KWSP yang bertanggun­gjawab mengagihka­n harta terbabit kepada waris si mati mengikut hukum syarak,” katanya.

Beliau berkata, AmanahRaya memastikan jaminan bayaran bagi pengagihan simpanan ahli akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan lengkap dokumen yang berkaitan atau tiada pertelingk­ahan dan tiada tuntutan daripada pihak ketiga.

Bagi sebarang permohonan wasiat, pengurusan amanah, pentadbira­n pusaka di AmanahRaya boleh hadir di cawangan seluruh negara atau melayari www.amanahraya.my.

 ??  ??
 ??  ?? ADENAN
ADENAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia