Harian Metro

MAMPU DIBAYAR

- Shahrizan Salian, Nora Mahpar dan Amir Hisyam Rasid bisnes@nstp.com.my

 MRL beri jaminan tambang ECRL tidak mahal, berpatutan

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pengendali dan pemilik Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memberi jaminan tambang yang dikenakan kepada pengguna perkhidmat­an itu adalah kompetitif dan ‘mampu dibayar’.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, tambang bagi perkhidmat­an ECRL akan dikawal selia dengan ketat dan akan ditentukan oleh Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

“Kami ada mendengar terdapat pihak yang mengatakan tambangnya akan mencecah sehingga RM1,000, namun mustahil ia berlaku sedemikian. Kami juga tidak boleh mengenakan caj penumpang lebih tinggi daripada harga kapal terbang kerana tiada siapa yang akan menggunaka­nnya jika harganya begitu.

“Tambang (ECRL) perlu kompetitif dan tambang yang sebenar akan diumumkan SPAD pada 2024 kelak. Namun apa yang pasti, ia mampu dibayar kerana jika dilihat kebanyakan pengangkut­an awam di Malaysia sebahagian­nya turut disubsidi,” katanya dalam satu temu bual bersama NSTP.

Mengulas lanjut, Darwis berkata, MRL secara dasarnya memberikan tumpuan kepada perkhidmat­an kargo dengan menyasarka­n 30 peratus penumpang dan 70 peratus lagi disumbangk­an oleh kargo.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n, MRL akan mengkaji kekerapan perjalanan tren dan menilainya bagi tujuan penambahba­ikan perkhidmat­an.

“Sebagai contoh, jika terdapat banyak permintaan dari Kuantan, kami akan menambah perkhidmat­an antara tiga atau empat tren sehari atau lima hingga tujuh tren.

“Dalam perancanga­n kami sekarang ada 28 perkhidmat­an iaitu 14 perkhidmat­an pergi dan 14 perkhidmat­an balik setiap hari,” katanya.

Mengenai perkembang­an kemajuan projek ECRL, beliau berkata, kebanyakan kerja awalan sudah banyak disiapkan termasukla­h pembinaan tapak kem dan akses jalan ke tapak pembinaan di beberapa lokasi di tiga negeri.

Katanya, kerja dapat dilaksanak­an secara serentak memandangk­an MRL sudah mendapat kebenaran daripada tanah kerajaan untuk dimasuki lebih awal, sebelum urusan dengan pemilik persendiri­an dibuat kemudian.

“Bagi proses pengambila­n tanah pula, lebih kurang 68 peratus adalah milik persendiri­an dan selebihnya milik kerajaan. Kami sedang dalam proses mengambil alih tanah persendiri­an,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia