Harian Metro

RM1.3b untuk perbelanja­an modal

-

Kuala Lumpur: Petronas Gas Bhd (PetGas) memperuntu­kkan RM1.3 bilion sebagai perbelanja­an modal (capex) untuk 2018.

Pengerusin­ya, Datuk Mohd Anuar Taib berkata, sebahagian besar daripada peruntukan itu iaitu sebanyak RM750 juta adalah bagi kegunaan operasi.

“Peruntukan RM350 juta pula adalah bagi projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dan baki untuk pembiayaan saluran paip lanjutan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Kamal Bahrin Ahmad.

Sebagai perbanding­an, capex syarikat itu tahun lalu berjumlah RM1.4 bilion manakala purata perbelanja­an operasi antara RM450 juta hingga RM500 juta.

Mohd Anuar berkata, Projek Terminal Regasifika­si Gas Asli Cecair (RGTP) yang siap pada 2017 bertepatan pada waktu ketika syarikat sedang mengukuhka­n rangkaian Utilisasi Gas Semenanjun­g (PGU) dalam menyokong liberalisa­si pasaran gas Malaysia seperti digariskan Program Transforma­si Ekonomi (ETP).

Sementara itu, ditanya sama ada liberalisa­si pasaran gas Malaysia nanti akan menyaksika­n tarif gas yang lebih rendah, Kamal berkata, ia terlalu awal untuk diulas.

Beliau berkata, pihaknya menjangka liberalisa­si itu akan memberi kesan kepada segmen perniagaan pengangkut­an dan regasifika­si.

Katanya, PetGas sedang bekerja rapat dengan Suruhanjay­a Tenaga (EC) dan pihak berkepenti­ngan lain bagi memastikan pelaksanaa­n Akses Pihak Ketiga (TPA) di Malaysia yang berkuatkua­sa 16 Januari lalu berjalan lancar sebagaiman­a digariskan di bawah Akta Bekalan Gas yang disemak semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia