Harian Metro

Pusat sehenti automotif pertama

-

Kuala Lumpur: Naza Automall kembali dengan lebih banyak jenama automotif menjadikan ia pusat sehenti galeri automotif pertama Malaysia yang menawarkan tawaran eksklusif menarik untuk pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporatio­n Holdings, Datuk Samson Anand George berkata, pelanggan boleh menikmati pakej istimewa yang hanya boleh didapati melalui pusat sehenti itu untuk jenama kenderaan dan motosikal di bawah Kumpulan Naza.

Menurutnya, Naza Automall juga memberikan tawaran bagi segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada jenama lain bagi memenuhi lonjakan permintaan terhadap dua segmen itu masa ini.

“Kami beraspiras­i menjadikan ia destinasi pusat sehenti bagi keperluan automotif bermula daripada kategori permulaan hingga mewah,” katanya di sini.

Beliau berkata, Kumpulan Naza akan memulakan kempen promosi bagi Naza Automall yang membolehka­n pelanggan membeli kereta dan motosikal berpeluang memenangi percutian empat hari tiga malam dengan perbelanja­an ditanggung sepenuhnya menyaksika­n perlawanan separuh akhir bola sepak Piala Dunia FIFA 2018 di Moscow.

Menurutnya, pelanggan boleh mendapatka­n maklumat mengenai kempen itu dengan berkunjung ke Naza Automall mulai hari ini.

Naza Automall diiktiraf bilik pameran automotif terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records yang mana mempamerka­n 14 jenama automotif baru dan terpakai daripada pelbagai segmen dan jenama seperti Maserati, Kia, Peugeot, Citroen, Chevrolet, Ducati, Indian Motorcycle dan Vespa.

 ??  ?? GALERI Naza Automall tampil dengan lebih banyak jenama kenderaan dan motosikal untuk pelanggan.
GALERI Naza Automall tampil dengan lebih banyak jenama kenderaan dan motosikal untuk pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia