Harian Metro

ALMARI UNTUK MENANGIS

- Agensi

 Universiti sedia kemudahan bantu pelajar lepas tekanan

Pelajar di Universiti Utah yang mengalami tekanan perasaan tidak lagi perlu bimbang dipandang sinis rakan apabila pihak universiti menyediaka­n ‘almari menangis’ yang membolehka­n mereka menangis secara tertutup.

Menurut Oddity Central, universiti itu mahu membantu pelajar menangani emosi dengan mewujudkan bilik kecil untuk menangis di perpustaka­an kampus berkenaan supaya sesiapa saja boleh menangis dengan selesa.

Dengan peningkata­n tugasan dan peperiksaa­n yang sukar, ditambah pula masalah hutang dihadapi pelajar hari ini, kadang-kala apa yang mereka inginkan hanyalah menangis bagi melepaskan beban sebelum mencari kekuatan untuk bangkit semula.

Seorang pelajar, Nemo Miller bersama dua rakannya dan kerjasama dengan universiti mencipta bilik berkenaan untuk satu tugasan mereka.

Bilik kecil itu menggunaka­n kain hitam sebagai latar belakang, selain menyediaka­n patung lembut supaya pengguna boleh memeluk dan memicitnya sambil menangis.

Terdapat beberapa peraturan perlu diikuti sekiranya mahu menggunaka­n bilik berkenaan seperti mengetuk pintu sebelum masuk, seorang pengguna dalam satu masa, tidak lebih dari 10 minit di dalamnya dan tutup lampu sebelum keluar.

Projek itu mendapat pelbagai reaksi apabila gambar ‘almari’ berkenaan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ada pengguna memandang sinis usaha berkenaan tetapi ramai juga yang menyukai dan memuji idea itu, selain berharap universiti lain turut mewujudkan kemudahan sama.

Bilik itu akan kekal berada di perpustaka­an berkenaan sehingga peperiksaa­n akhir tamat pada 2 Mei depan, lapor USA Today memetik jurucakap universiti terbabit.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n ‘almari menangis’ yang terdapat di Universiti Utah dan patung lembut di dalamnya bagi membantu pelajar melepaskan perasaan. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n ‘almari menangis’ yang terdapat di Universiti Utah dan patung lembut di dalamnya bagi membantu pelajar melepaskan perasaan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia