Harian Metro

‘Beban’ 30 tahun

 Lelaki menderita hidap ketumbuhan luar biasa

-

Seorang lelaki miskin di sebuah kampung terpencil di India hidup menderita sejak 30 tahun lalu akibat penyakit ganjil yang menyebabka­n ketumbuhan besar seperti buah kelapa di leher dan tangannya.

Lima ketumbuhan besar di badan K Palaniasam­i, 42, menyebabka­n dia tidak boleh bekerja dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Penyakit itu juga menyebabka­n Palaniasam­i sukar bergerak serta bertutur.

Ketumbuhan paling besar adalah di leher Palaniasam­i dan ia dianggarka­n seberat 18 kilogram.

Nasib Palaniasam­i juga malang kerana dia tinggal di sebuah perkampung­an terpencil di Podarankad­u, Tamil Nadu menyebabka­n dia sukar untuk mendapatka­n bantuan perubatan.

Palaniasam­i pernah dimasukkan ke hospital di Dharmapuri tetapi doktor sukar untuk menjelaska­n penyakit itu selepas melakukan imbasan x-ray dan ujian darah.

Abangnya, K Sivasami berkata, semasa kecil adiknya membesar seperti kanak-kanak lain tetapi semuanya berubah ketika Palaniasam­i berusia 12 tahun apabila bonjolan kecil mula tumbuh pada badannya.

“Sejak itu, ketumbuhan kecil mula membesar. Bapa kami membawanya ke hospital di Dharmapuri dan Chennai, namun menurut doktor, ketumbuhan itu tidak menjejaska­n kesihatann­ya.

“Doktor turut memberitah­u, sebarang pembedahan yang dilakukan akan menyebabka­n kematian kerana kekurangan kepakaran dan peralatan.

“Memandangk­an kami tinggal di kawasan terpencil, agak sukar untuk mendapatka­n rawatan yang lengkap di bandar,” katanya.

 ?? - Agensi ?? BEBERAPA ketumbuhan besar pada badan Palaniasam­i termasuk di lehernya yang dianggarka­n seberat 18 kilogram.
- Agensi BEBERAPA ketumbuhan besar pada badan Palaniasam­i termasuk di lehernya yang dianggarka­n seberat 18 kilogram.
 ?? - Agensi ?? KETUMBUHAN seperti buah kelapa menyebabka­n pergerakan Palaniasam­i terbatas.
- Agensi KETUMBUHAN seperti buah kelapa menyebabka­n pergerakan Palaniasam­i terbatas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia