Harian Metro

PENGALAMAN CUKUP LUAS

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Megat Zulkarnain paling layak duduki kerusi Timbalan Presiden MOM

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin percaya pengalaman luas Datuk Megat Zulkarnain Omardin menjadikan beliau tokoh paling layak untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada sesi pemilihan, Sabtu ini.

Hamidin yang membuat keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan itu kerana mahu memberi tumpuan bersama FAM berkata, Megat yang juga Naib Presiden MOM mampu membantu presiden baru, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam pentadbira­n organisasi yang memayungi persatuan sukan kebangsaan itu.

“Berdasarka­n pencalonan, Datuk Megat akan menghadapi pertanding­an satu lawan satu bagi pemilihan jawatan berkenaan dan saya ingin menyatakan pendirian saya dan FAM untuk menyokong sepenuhnya beliau bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden MOM itu.

“Ini kerana Datuk Megat memang layak menduduki jawatan berkenaan kerana beliau salah seorang

Naib

(gambar)

Presiden MOM ketika ini dan sudah tentu memahami sistem dan organisasi MOM, sekali gus calon paling sesuai untuk menjadi orang nombor dua,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selepas pengumuman calon Selasa lalu, Norza tidak dicabar bakal diumumkan sebagai presiden baru MOM pada 5 Mei ini, manakala kerusi timbalan presiden bakal ditentukan oleh Megat dan pencabarny­a, Datuk Seri Azim Mohd Zabidi yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN).

Megat mendapat tiga pencalonan daripada Persekutua­n Karate Malaysia (MAKAF), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), manakala Azim turut mendapat tiga pencalonan.

Hamidin yang bakal diumumkan sebagai presiden baru FAM apabila mendapat sokongan padu ahli gabungan menggantik­an Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Julai depan berkata, pengalaman luas Megat bersama PESAKA memberi kelebihan untuknya memikul tanggungja­wab bersama MOM.

“Datuk Megat sudah lama menjadi Setiausaha Agung PESAKA dan tentunya beliau memiliki tokoh kepimpinan yang baik, kredibilit­i serta cukup berpengala­man dalam menguruska­n persatuan sukan di negara ini,” katanya.

 ??  ?? MEGAT Zulkarnain
MEGAT Zulkarnain
 ??  ??
 ??  ?? AZIM cabar
Megat Zulkarnain.
AZIM cabar Megat Zulkarnain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia