Harian Metro

Tolak mentah-mentah

 MOM tak setuju cadangan diutarakan Mazlan, anggap garis panduan oleh WADA sudah memadai untuk menghukum atlet

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak setuju dengan cadangan supaya bahan terlarang yang sering digunakan atlet angkat berat negara disenaraik­an sebagai kesalahan jenayah dalam usaha menyelesai­kan masalah doping yang menghantui sukan berkenaan.

Penolong Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi (gambar), berpendapa­t hukuman dan penggantun­gan yang digariskan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) sudah memadai buat atlet yang didapati positif menggunaka­n bahan terlarang berkenaan.

“Ia umpama hukuman berganda kepada atlet berkenaan. Pada pandangan saya, hukuman WADA iaitu penggantun­gan sehingga empat tahun sudah memadai, ia sudah cukup untuk “menguburka­n” karier mereka,” katanya semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad yang mencadangk­an agar menyenarai­kan bahan terlarang yang sering digunakan atlet angkat berat sebagai dadah dalam kesalahan jenayah di negara ini.

Ia bagi membolehka­n hukuman lebih keras dikenakan dan berpandang­an ia salah satu cara untuk dipertimba­ngkan bagi menyelesai­kan masalah doping dalam sukan berkenaan.

“Saya kurang pasti sekiranya ada negara yang mempraktik­kan perkara ini, namun bagi saya hukuman WADA yang kini boleh mencecah kepada penggantun­gan empat tahun sudah mencukupi dan memberi pengajaran,” tambah Kok Chi.

Terbaru, seorang atlet angkat berat negara yang meraih pingat di Sukan Komanwel Gold Coast gagal ujian doping yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan kini menunggu keputusan sampel B.

Kes itu adalah rentetan kesalahan doping membabitka­n atlet angkat berat selepas pemenang emas Glasgow 2014, Mohd Hafifi Mansor, Khairul Anuar Mohamad, Constantin­e Clement, Mohd Nasir Roslan selain pemenang tiga emas Sukan Komanwel 2002, Amirul Hamizan Ibrahim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia