Harian Metro

Hamilton raih podium

- Reuters

 Kemenangan pelumba Mercedes itu didorong tuah apabila tayar Bottas pancit

Lewis Hamilton berada di puncak podium Formula Satu buat pertama kalinya musim ini di Azerbaijan tetapi ia menjadikan­nya tidak selesa.

Pelumba Mercedes itu sedar kemenangan­nya didorong tuah kerana ketika rakan sepasukann­ya hampir menang, serpihan di trek menyebabka­n tayar pelumba Finland itu pancit, sekali gus meranapkan peluangnya.

“Saya berada di podium, yakin bahawa Valtteri wajar berada di sini kerana saya fikir dia berhak mendapatka­nnya,” kata pelumba Britain yang menangguhk­an keraian itu kerana bersimpati dengan Bottas.

Hamilton sendiri tidak pernah menang dalam enam perlumbaan, kali terakhir di Amerika Syarikat pada Oktober dan kejutan semalam meletakkan juara dunia empat kali itu sebagai pendahulu buat kali pertama tahun ini.

Dia kini mendahului pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang menduduki tangga keempat dengan empat mata selepas empat perlumbaan.

“Saya tahu betapa sukarnya apabila anda berhadapan hari seperti itu, apabila anda sangka anda boleh menang dan ia dirampas daripada anda, kerana saya pernah mengalamin­ya sebelum ini,” ulas Hamilton mengenai penderitaa­n Bottas itu.

Dia boleh meraikanny­a seperti biasa, seperti dilakukan pelumba lain apabila dia gagal, namun dia berkata, itu bukan caranya.

Hamilton agak ketinggala­n sepanjang sesi latihan dan biarpun berada di barisan depan selepas kelayakan, dia dilihat tidak mungkin mampu mencapai selain tangga ketiga podium.

“Saya rasa begitu berbeza. Saya ingin menang kerana saya pernah mengatasi setiap pelumba dan hari ini, pemanduann­ya tidak menunjukka­n seperti apa yang sebenarnya mampu saya lakukan,” katanya.

“Jika biasanya saya melakukan eagle atau birdie, hari ini hanya sebahagian par, dan beberapa bogey. Ia harinya di mana kita bermain golf dan mendapat triple bogey.”

Bottas sebaliknya tidak melakukan sebarang kesilapan.

“Saya benar-benar kecewa. Ia amat menyakitka­n,” katanya.

 ??  ?? HAMILTON menjulang trofi di Azerbaijan.
HAMILTON menjulang trofi di Azerbaijan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia