Harian Metro

Lydia akhiri kemarau kejuaraan

-

San Francisco: Bekas pemain nombor satu dunia, Lydia Ko menamatkan kemarau kejuaraan dua tahun dengan eagle pada lubang playoff pertama untuk menewaskan Minjee Lee pada Kejohanan LPGA Mediheal.

Lydia, pemain dari New Zealand jatuh ke ranking 18 dunia ketika memburu gelaran LPGA pertamanya sejak menjulang Klasik Marathon pada Julai 2016.

Mendahului satu pukulan sebelum permainan, dia mencatat bogey pada tiga daripada enam lubang pertama, namun kembali mempamerka­n semangat juaranya pada sembilan lubang terakhir di Kelab Golf Lake Merced di mana kemenangan pada 2014 dan 2015 membantuny­a mara ke puncak golf dunia.

Pukulan keduanya pada

(gambar)

lubang playoff pertama di lubang ke-18, melantun ke kawasan green dan bergolek ke arah pin.

Selepas Minjee dari Australia meraih birdie, Lydia membuat pukulan untuk eagle sekali gus menamatkan pertarunga­n playoff kedua-dua pencabar Down Under itu.

Lydia yang menyambut ulang tahun ke-21 Selasa lalu, kelihatan tidak percaya dan kemudianny­a menangis ketika menerima ucapan tahniah di green.

“Apabila pukulan putt itu masuk, saya berkata ‘Oh Tuhan’,” kata Lydia selepas merekod gelaran LPGA ke-15, yang turut membabitka­n dua kejohanan utama.

“Ia sungguh emosional, seluruh pasukan dan keluarga bekerja keras untuk detik seperti ini.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia