Harian Metro

PERANG BELUM TAMAT!

- AFP

Berlin

Franck Ribery melaungkan tempikan perang sebelum aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, awal pagi esok di mana Bayern Munich sedar mereka perlu lebih garang di depan gawang jika mahu mencetus kebangkita­n.

Bayern perlu bermati-matian di Santiago Bernabeu selepas mensia-siakan banyak peluang ketika tewas 1-2 di Munich minggu lalu.

“Kalah dalam bertarung, namun perang belum berakhir,” tulis pemain Perancis itu di Twitter, memetik kata-kata popular Charles de Gaulle.

“Kami akan merebut segenap peluang di Madrid.”

Ribery, 35, adalah antara beberapa bintang Bayern yang menyerlah ketika kelab itu tewas di Allianz Arena.

Kesilapan pertahanan Bayern, Rafinha membolehka­n pemain gantian Marco Asensio menjaringk­an gol kemenangan pada separuh masa kedua, sekali gus memberikan kelebihan ketara buat Real.

Selepas Joshua Kimmich memberikan Bayern gol awal, Ribery dua kali cuba meledak gol buat Munich.

Dia gagal pada detik penting itu ketika pertembung­an satu lawan satu dengan penjaga gol Real, Keylor Navas pada separuh masa pertama sebelum Marcelo menyamakan kedudukan buat Real.

Ribery mencetus kacau-bilau di bahagian sayap kiri, malah turut mendesak Navas menyelamat­kan percubaan pada separuh masa kedua.

Pemain sayap itu dan rakan sepasukann­ya bakal berada di Madrid, berjanji untuk mengubah keputusan perlawanan.

“Kami akan berikan segala-galanya yang kami ada,” kata bek kiri Bayern, David Alaba yang pulih daripada kecederaan paha.

 Ribery gesa rakan jangan ‘malu’ depan gol Real

 ?? Franck Ribery ?? Kalah dalam bertarung, namun perang belum berakhir. Kami akan merebut segenap peluang di Madrid” AKSI Ribery (depan) pada
separuh akhir pertama.
Franck Ribery Kalah dalam bertarung, namun perang belum berakhir. Kami akan merebut segenap peluang di Madrid” AKSI Ribery (depan) pada separuh akhir pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia