Harian Metro

Zidane enggan fikir gelaran ketiga

-

Madrid: Zinedine Zidane mungkin menjuarai dua gelaran Liga Juara-Juara berturut-turut, namun beliau enggan mengakui gelaran ketiga akan menandakan era baru untuknya di Real Madrid.

Real menghampir­i final ketiganya menjelang aksi timbal balik menentang Bayern Munich dalam kelompok empat terakhir awal pagi esok, di mana mereka membawa kelebihan 2-1 dan dua gol di tempat lawan ke Santiago Bernabeu.

Ia menjadikan mereka pasukan pilihan untuk mara dan muncul juara selepas menewaskan Paris Saint-Germain dan Juventus pada aksi kalah mati.

Bagi Zidane, gelaran Eropah ketiga sebagai jurulatih kini dalam jangkauann­ya yang akan meletakkan­nya sebaris dengan Carlo Ancelotti dan Bob Paisley sebagai pengurus paling berjaya.

Bagaimanap­un, ketiga-tiga kejayaan Paisley hadir di kelab yang sama iaitu Liverpool pada era yang sama iaitu 1977, 1978 dan 1981. Trebel Ancelotti pula melangkaui 11 tahun dengan dua kelab iaitu

Real dan

AC Milan.

“Kita tidak boleh bercakap mengenainy­a,” kata Zidane. “Jurulatih seperti ini diberikan banyak masa dan banyak yang sudah mereka lakukan.

“Saya selesa, kami melakukann­ya dengan baik, dua

setengah tahun yang lalu memang bagus, tetapi yang lainnya kita tunggu dulu.”

Malah Alex Ferguson, Jose Mourinho dan Pep Guardiola juga menjulang gelaran tertinggi di Eropah itu sebanyak dua kali, kesemuanya dalam tempoh yang lama.

Namun, reputasi Zidane sebagai jurulatih dan pakar taktikal terus dipertikai­kan, sekurang-kurangnya kerana jurulatih Perancis itu memiliki skuad paling berbakat di dunia dan Cristiano Ronaldo, pemain terbaik di Liga Juara-Juara.

Ronaldo yang mencetak 15 gol pada edisi kali ini sudah pasti menjadi kuncinya, namun Zidane yang mengambil tindakan berani mengetepik­an Gareth Bale dan Karim Benzema di Allianz Arena menentang Bayern.

-AFP

 ??  ?? DI FRANCESCO
RONALDO
BENZEMA
ZIDANE EDIN Dzeko (bawah) taruhan pasukan cipta kebangkita­n di laman sendiri.
DI FRANCESCO RONALDO BENZEMA ZIDANE EDIN Dzeko (bawah) taruhan pasukan cipta kebangkita­n di laman sendiri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia