Harian Metro

TFC ‘lauk’ baru Tok Gajah?

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Skuad Pahang mahu menjadikan Terengganu FC (TFC) sebagai mangsa terbaru apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, malam ini.

Ini kerana kemenangan 2-0 ke atas Melaka United Sabtu lalu, menjadi pencetus semangat buat skuad kendalian Dollah Salleh untuk mengutip tiga mata.

Justeru, pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang mengharapk­an pemainnya dapat mempamer disiplin tinggi untuk menewaskan Penyu.

“Saya percaya semua pemain sudah bersedia untuk melakar kemenangan ke atas Terengganu seperti yang dilakukan ketika mengecewak­an Melaka United.

“Biarpun tuan rumah dilihat memiliki kelebihan kerana beraksi di laman sendiri, tiada yang mustahil jika semua pemain mempunyai keazaman tinggi.

“Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkan semangat juang tinggi serta menunjukka­n tahap persefaham­an sepanjang tempoh 90 minit perlawanan,” katanya.

Mohammed Suffian berkata, skuad Tok Gajah mengidamka­n tiga mata untuk terus memberi tekanan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku pendahulu Liga Super ketika ini.

Katanya, sekiranya mahu merapatkan jurang mata dengan JDT, kemenangan adalah misi utama dan skuad itu perlu melakukan segala-galanya.

“Fokus utama semua pemain adalah mempamer disiplin tinggi dan tidak mempersia-siakan segala peluang bagi mengelak tuan rumah meraih mata,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia