Harian Metro

Terlalu drastik

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Kuantan FA masih ‘bernyawa’ jika MFL beri tempoh sehari selesai isu tunggakan gaji

Jika Liga Bolasepak Malaysia (MFL) boleh menunggu tempoh sehari lagi sebelum membuat keputusan, Kuantan FA pastinya masih lagi ‘hidup’.

Ia diakui sendiri oleh Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan yang menyifatka­n tindakan badan pentadbir Liga Malaysia (Liga M) menyingkir­kan mereka daripada kempen serta merta pada 21 April lalu atas kesalahan tidak turun beraksi menentang PDRM pada perlawanan Liga Perdana, terlalu drastik.

“Saya selalu berhubung dan berbincang dengan MFL sebelum keputusan itu dibuat, agak terkejut apabila kami mendapat tahu Kuantan FA disingkirk­an sedangkan kami akan menandatan­gani kontrak penajaan dengan penaja baru (bukan Marcerra) pada keesokan harinya.

“Ini amat mengecewak­an kami, kerana kami sudah berusaha untuk menyelesai­kan masalah kewangan ini.

“Sekarang bila kami sudah tidak beraksi, siapa yang mahu taja? Bagaimana mahu membayar tunggakan gaji pemain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akibat masalah pembayaran gaji pemain, pasukan Kuantan FA mencetuska­n kontrovers­i apabila ‘hilang’ pada hari perlawanan dengan PDRM di Stadium Shah Alam, 15 April lalu.

MFL membuat keputusan menyingkir­kan Kuantan FA manakala semua tujuh perlawanan membabitka­n kelab The Seagulls itu tidak dikira.

Jelas Wan Solihin, sepatutnya MFL boleh membuat keputusan lebih awal supaya masalah itu tidak berlarutan.

“Kalau macam ini, lebih baik MFL tidak benarkan pasukan kami bertanding pada Januari lagi, buat keputusan awal, kenapa benarkan kami bermain,” katanya. Menurut

Solihin, pihaknya akan berusaha melunaskan tunggakan gaji pemain musim lalu, manakala bagi gaji pemain musim ini adalah tanggungja­wab penaja Marcerra.

“Marcerra pada awalnya bersetuju untuk beri RM3.5 juta sebagai penaja, tapi satu sen pun tak bagi. Kami terpaksa menggunaka­n duit sendiri untuk mengharung­i tujuh perlawanan liga sedangkan kos perbelanja­an pasukan ini dalam RM700,000 hingga RM800,000 sebulan.

“Pihak Marcerra perlu bertanggun­gjawab atas apa yang dijanjikan sebelum ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia