Harian Metro

Misi Lang Merah pungut tiga mata

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Kedah mahu memungut tiga mata di Stadium Darul Aman bagi perlawanan kelapan saingan Liga Super menentang Negeri Sembilan, malam ini.

Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff berkata, selepas mengikat Terengganu FC (TFC) 1-1 di Kuala Terengganu Jumaat lalu, misi seterusnya adalah memastikan Kedah mencapai kemenangan bagi mengukuhka­n kedudukan dalam carta Liga Super.

“Saya yakin pemain bersedia dalam misi mendapatka­n tiga mata kali ini selepas kali terakhir melakukann­ya ketika menang ke atas Selangor sebelum ini.”

“Misi memburu kemenangan kali ini akan terus diperkemas­kan dengan perancanga­n strategi membabitka­n beberapa pemain tidak

(gambar)

beraksi di Terengganu sebelum ini seperti Pablo Pallares, Akram Mahinan dan Liridon Krasniqi yang dijangka diturunkan.

“Jika kita mampu mengulangi aksi cemerlang ketika menentang Selangor di laman sendiri sebelum ini, saya yakin momentum itu akan dapat terus dikekalkan dalam semua perlawanan seterusnya,” katanya.

Nidzam yang mengemudi Kedah muncul juara Piala FA 2017 berkata, persembaha­n baik pemainnya sewaktu menentang Selangor dan Terengganu FC sebelum ini terus memberi keyakinan tambahan dalam mengukur tahap prestasi semasa Kedah.

“Di Terengganu, walaupun turun tanpa beberapa pemain utama, kami tetap dapat mengekalka­n corak permainan berkesan dan seperti dirancang apabila menghadapi strategi Irfan Bakti di tempat lawan.

“Bertemu Negeri Sembilan kali ini, kami perlu lebih waspada bagi menghadapi taktikal dan perancanga­n jurulatih berpengala­man Azraai Khor yang mampu memerangka­p Kedah dan melakukan kejutan

jika tidak berhati hati.

“Kepada semua pemain, saya mahu mereka teruskan usaha dan misi memburu kemenangan agar Kedah yang kini berada di kedudukan ke-6 dan mengumpul 10 mata pada carta liga mampu naik dan berada di kelompok teratas Liga Super,” ujarnya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia