Harian Metro

Selangor selesa dilabel ‘underdog’ Belum sempat ‘goyang kaki’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selangor lebih selesa dilabel sebagai ‘underdog’ apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini bagi aksi kelapan Liga Super berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara itu diluahkan pengurus Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad selepas mengambil kira reputasi besar yang dipegang skuad Harimau Selatan ketika ini.

Sedar dengan kekuatan yang dimiliki JDT, Abdul Rauf bagaimanap­un tetap menaruh harapan tinggi buat Red Giants yang hanya akan membariska­n dua pemain import untuk menjadi pasukan kedua meraih kemenangan di Larkin musim ini selepas Pahang.

“Setakat ini kami berada pada tahap terbaik walaupun ketiadaan Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn. Kehadiran semula Willian Pacheco menguatkan lagi barisan pertahanan selain dibantu dengan prestasi cemerlang pemain muda,” kata Abdul Rauf.

“Jadi, kita meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain ini yang orang kata sebagai ‘ubi muda’ untuk menunjukka­n sesuatu. Kami ke sana (Larkin) sebagai pasukan bukan pilihan memandangk­an reputasi besar yang dimiliki JDT.

“Walaupun hanya akan beraksi dengan dua import (Rufino Segovia dan Pacheco), kami percaya dengan barisan pemain yang sedia ada mampu memberikan persembaha­n terbaik.”

Evan dan Ilham tidak bersama Red Giants selepas menyertai skuad Bawah 23 (B-23) tahun Indonesia bagi menghadapi kejohanan Piala Ulang Tahun Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Ketiadaan mereka bagaimanap­un dilihat tidak memberi kesan yang besar buat Selangor apabila anak didik Nazliazmi Mohamad Nasir berjaya mencipta kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Meskipun melabelkan pasukannya sebagai bukan pilihan, Abdul Rauf tetap berharap Red Giants mampu mencuri tiga mata berharga dari gelanggang keramat JDT.

“Harapan sudah pasti nak menang walaupun bukan pasukan pilihan dan kami sedar kemampuan kami. Harapan kami memang tinggi untuk pasukan mendapatka­n tiga mata.

“Kami perlukan mata untuk memperbaik­i kedudukan selepas berada di kelompok pertengaha­n dalam carta liga. Walaupun beraksi di gelanggang lawan, tapi kami tetap yakin bahawa tiada benda yang mustahil,” katanya.

 Longhi catur taktikal hadapi Red Giants di Larkin

Kuala Terengganu: Tiga nota penting daripada ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim

perlu diutamakan anak buahnya menjelang pertemuan dengan pasukan jiran, Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Bekas pemain skuad kebangsaan era 70-an itu berkata,

(gambar)

Cabaran getir menanti Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila melayan kunjungan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Skuad kendalian Raul Longhi yang sebelum ini berhempas pulas menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi di Kota Bharu, Jumaat lalu akan berdepan ranjau berliku menentang Selangor yang tampak sukar untuk dijinakkan.

Yang pasti, Longhi harus bijak mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri untuk memburu tiga mata bagi memastikan kedudukan tangga teratas tetap milik pertama pemain harus meningkatk­an komunikasi sesama mereka bagi mengelak kesilapan mudah yang boleh mengundang padah jika tidak berhati-hati.

“Kedua, semua pemain harus berani mengawal bola dan melakukan percubaan tepat ke arah kubu lawan bagi memastikan hasrat untuk meledak seberapa banyak jaringan tercapai, sekali gus mencatat kemenangan di laman sendiri.

“Ketiga, ketumpulan jentera serangan sebagaiman­a juara liga empat musim berturut-turut itu.

“Kita akan berdepan pasukan hebat dalam dua aksi seterusnya. Selepas menang ke atas Kelantan, kita mahu tiga mata lagi apabila menentang Selangor dan Negeri Sembilan.

“Seperti saya katakan, semua perlawanan diharungi amat penting dan kami harus beri persembaha­n konsisten untuk memburu kemenangan dan tidak boleh keciciran mata,” katanya.

Apapun, Longhi harus berwaspada dengan kelicikan pemain ‘otai’ Selangor yang juga pernah beraksi bersama JDT, Amri Yahyah yang tahu tentang taktikal pasukan JDT dan mampu memberi ancaman.

Malah, pengendali kelahiran Argentina itu perlu menekankan corak permainan serangan dan bertahan yang aksi ketika bertemu Kedah pada Jumaat lalu harus segera diatasi biarpun tanpa kelibat kapten, Kipre Tchetche yang mengalami kecederaan,” kata pengendali yang pernah berkelana ke Indonesia melatih kelab Persipura Jayapura pada 2007 sebelum kembali mewarnai Liga Malaysia setahun kemudian membimbing pasukan Perlis.

Ketika bertemu Kedah minggu lalu, barisan penyudah bagaikan patah sayap lebih ampuh bagi mengelak sering ketinggala­n tatkala pasukan lawan menjaring gol terlebih dulu sehingga memaksa pemain JDT bangkit memburu kemenangan.

Walaupun pemain import baru JDT, Harry Novillo sudah menjalani latihan bersama pasukan sejak petang semalam, dia tidak dapat diturunkan dan perlu menanti jendela perpindaha­n kedua pada 7 Mei ini termasuk kehadiran Kiko Insa yang turut menjalani latihan.

Bagaimanap­un, persoalan terarah kepada sejauh mana perancanga­n taktikal Longhi untuk menyerap tekanan skuad Gergasi Merah sama ada akan menggunaka­n formasi 4-3-3 atau 4-3-2-1 bagi mengelak kelicikan Rufino Segovia yang dianggap penyerang berbisa skuad kendalian Nazliazmi Mohd Nasir itu. kerana gagal menjelmaka­n lebih jaringan sebelum seri 1-1 biarpun sering mengasak dan menguasai permainan hingga minit terakhir perlawanan.

Skuad TFC yang kini menghuni di tangga keempat carta liga dengan mengutip 12 mata hasil daripada tujuh perlawanan berpeluang menduduki tangga kedua liga jika berupaya menundukka­n skuad Tok Gajah yang kini berada di kedudukan kedua dengan mengutip 14 mata.

 ??  ?? ABDUL Rauf (kanan) yakin Selangor mampu beri tentangan sengit walaupun tanpa beberapa pemain sandaran. AKSI pemain JDT, Safawi Rasid ketika menentang Kelantan di Kota Bahru, kelmarin.
ABDUL Rauf (kanan) yakin Selangor mampu beri tentangan sengit walaupun tanpa beberapa pemain sandaran. AKSI pemain JDT, Safawi Rasid ketika menentang Kelantan di Kota Bahru, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia