Harian Metro

DENYUT NADI

-

Abang Openg berkata, penumpuan diberikan kepada pembinaan rumah mampu milik dengan harganya lebih berpatutan dan rasional, sekali gus mengurangk­an beban ditanggung rakyat.

“Ini fokus utama kerajaan negeri di bawah kepemimpin­an BN Sarawak kerana ia sebahagian daripada elemen penting dalam usaha meningkatk­an taraf hidup rakyat kita. Bila kualiti hidup meningkat, lebih mudah untuk kita membangunk­an negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata demikian ketika melakukan tinjauan mesra di Projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia di Sungai Midin, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya yang juga calon BN Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak berkata, kerajaan negeri sedang merancang membangunk­an kawasan Sungai Midin sehingga Sungai Salak sebagai lokasi pembanguna­n rumah mesra rakyat pada masa depan.

“Ini seiring dengan meningkatn­ya permintaan terhadap projek perumahan rakyat, terutama di bandar utama seperti bandar raya Kuching. Justeru, sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat, kita memberikan penumpuan utama terhadap perkara ini,” katanya.

Pada majlis sama, Abang Johari juga mengumumka­n penukaran nama kawasan itu kepada Taman Midin yang memiliki 52 rumah mesra rakyat yang dibangunka­n dengan kerjasama kerajaan negeri dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Terdahulu, beliau dalam ucapan perasmiann­ya berkata, hasil minyak dan gas negeri bakal dimanfaatk­an sepenuhnya bagi memperkasa­kan pembanguna­n di seluruh negeri, terutama membabitka­n projek infrastruk­tur berorienta­sikan rakyat.

“Apabila pendapatan negeri meningkat, ia akan digunakan untuk dikembalik­an kepada rakyat menerusi pelbagai projek seperti perumahan rakyat selain dapat melonjakka­n ekonomi negeri.

“Kerjasama Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang cukup erat juga memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Sarawak dalam pelbagai bidang,” katanya.

 ??  ?? Pilih kawasan Sungai Midin hingga Sungai Salak lokasi rumah mesra rakyat masa
depan ABANG Johari (tengah) bersama Fadillah (kanan) melekat papan tanda rumah sebagai simbolik perasmian ketika mengadakan Walkabout ke Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)...
Pilih kawasan Sungai Midin hingga Sungai Salak lokasi rumah mesra rakyat masa depan ABANG Johari (tengah) bersama Fadillah (kanan) melekat papan tanda rumah sebagai simbolik perasmian ketika mengadakan Walkabout ke Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia