Harian Metro

Beri surat hak milik tanah bukan gimik

-

Kota Samarahan: Inisiatif Kerajaan Sarawak mengeluark­an surat hak milik tanah bukannya gimik pilihan raya, sebaliknya ia komitmen berterusan Barisan Nasional (BN) bagi mengiktira­f pemilikan tanah rakyat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sehingga kini, 350 kampung membabitka­n 47,532 lot tanah sudah dikeluarka­n surat hak miliknya di seluruh negeri oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak.

“Ini bukan gimik pilihan raya, malah dilaksanak­an secara berterusan, tidak kira ada atau tidak pilihan raya kerana kerajaan negeri pimpinan BN sentiasa mengutamak­an keperluan rakyat.

“Di Bahagian Samarahan saja, sebanyak 48 kampung membabitka­n 5,212 lot tanah telah dikeluarka­n surat hak miliknya dan ini sudah tentu menggembir­akan rakyat, khususnya pemilik tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di bawah inisiatif baharu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Kampung Tradisi di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, 414 surat hak milik tanah mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi kampung tradisi diserahkan kepada 398 orang penerima dari Kampung Empila dan Kampung Pangkalan Kuap.

Hadir sama calon BN kerusi Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Seri Mohd Ali Mahmud.

Awang Tengah menyatakan pihak pembangkan­g hanya pandai menghasut rakyat menanam kebencian kepada kerajaan BN, tetapi tidak pernah mempunyai keikhlasan dalam perjuangan mereka.

“Pihak pembangkan­g hanya berjuang demi memenuhi agenda peribadi serta rasa tidak puas hati terhadap pemimpin negara,” katanya.

 ??  ?? AWANG Tengah (dua dari kiri) bersama Rubiah (tengah) dan Mohd Ali menyampaik­an surat hak milik tanah kepada Duwin Kuni, 52, dari Kampung Pangkalan Kuap di Dewan Suarah Kota Samarahan.
AWANG Tengah (dua dari kiri) bersama Rubiah (tengah) dan Mohd Ali menyampaik­an surat hak milik tanah kepada Duwin Kuni, 52, dari Kampung Pangkalan Kuap di Dewan Suarah Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia