Harian Metro

Usah tersalah ‘ubah’

 Rakyat Sabah diminta tidak terpengaru­h slogan parti WARISAN

- Fardy Bungga dan Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Rakyat Sabah diminta tidak terikut-ikut atau terpengaru­h dengan slogan ‘ubah’ dilaungkan parti pembangkan­g, terutama Parti Warisan Sabah (WARISAN) kerana Barisan Nasional (BN) terbukti kerajaan terbaik untuk negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata, rakyat Sabah perlu menolak WARISAN pimpinan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang hanya turun padang bertemu rakyat dan melaungkan slogan selepas tiada lagi jawatan dalam kerajaan.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, tiada sebab untuk rakyat menolak BN, apa lagi dipimpin Perdana Menteri yang sentiasa mengambil berat mengenai keperluan rakyat Sabah menerusi peruntukan besar yang disalurkan untuk pelbagai program pembanguna­n dan kesejahter­aan.

“Mana ada Perdana Menteri yang begitu banyak kerja mentadbir seluruh negara (tetapi) boleh datang balik-balik ke Sabah kerana beliau sayang rakyat Sabah, beliau juga Perdana Menteri yang paling banyak beri peruntukan untuk Sabah kerana negeri ini luas dan memerlukan peruntukan besar.

“Beliau sengaja melantik seorang pemimpin dari Sabah jadi menteri kanan memegang jawatan di Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan beri peruntukan besar sehingga jutaan ringgit untuk membangunk­an sabah, tetapi habuk pun tak ada.

“Tanya dia selama jadi menteri KKLW tak pernah jumpa saya dan menteri (Sabah) lain untuk berunding... selepas tiada jawatan, tiada dana, keluar masuk kampung, janji bulan dan bintang,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

Musa berkata, selepas Najib melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai menteri KKLW menggantik­an Mohd Shafie, Ismail Sabri menghubung­inya untuk melakukan kunjungan hormat seterusnya berbincang apa diperlukan untuk Sabah.

“Saya rasa sedih dan malu, dulu menteri Sabah pegang jawatan sama tak pernah sekali bincang dengan saya, bila menteri dari Pahang dilantik, esok beliau hubungi saya. Selepas itu beliau datang bersama pegawai kementeria­nnya, runding apa yang baik dan diperlukan untuk Sabah.

“Jadi apa yang disebut WARISAN, ubah, ubah apa... kita (rakyat) mesti tahu cerita sebenarnya, jangan tersalah pilih, jangan tersalah langkah,” katanya.

Mesti tahu cerita sebenar, jangan tersalah pilih, jangan tersalah langkah

Musa Aman

 ??  ?? NAJIB bersama Musa dan tetamu pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat semalam.
NAJIB bersama Musa dan tetamu pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia