Harian Metro

Strategi ringan beban

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

 Program JSJR kekang pengaruh orang tengah tentu harga barang

Tawau: Sebanyak 500 hingga 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dirancang dibangunka­n di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu di sini, dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Datuk Hamisa Samat berkata, tapak pembinaan rumah PPR itu sudah dikenal pasti dan dikhususka­n untuk golongan belia serta pasangan muda berpendapa­tan rendah.

Beliau berkata, ia selaras usaha kerajaan untuk memastikan golongan terbabit memiliki kediaman sendiri mampu milik.

“Ini bukan janji pilihan raya tetapi perancanga­n ini sudah lama kita suarakan berikutan wujud keperluan selain permintaan daripada golongan muda di DUN Tanjung Batu.

“Kita dapati masih ramai

Program Jualan Sentuhan Jalinan Rakyat (JSJR) antara pendekatan strategik dilaksanak­an Barisan Nasional (BN) dalam mengekang pengaruh orang tengah dalam menentukan harga barangan kawalan.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, inisiatif berkenaan jelas memperliha­tkan komitmen berterusan dalam menangani isu harga barang, sekali gus meringanka­n beban rakyat di peringkat akar umbi.

“Di Parlimen Petra Jaya sendiri, kita berharap program ini dapat dilaksanak­an secara berterusan bagi memastikan pelbagai barangan keperluan harian dapat dijual pada harga munasabah dan tidak membebanka­n rakyat dengan mengurangk­an pembabitan orang tengah.

“Malah, kita dalam rangka inisiatif menjalinka­n kerjasama strategik dengan Pasaraya e-Mart agar lebih banyak jenis barang keperluan harian dapat dijual melalui program yang mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerjaraya berkata demikian selepas meninjau penganjura­n Program JSJR di Dewan Kampung Lintang, di sini.

Sementara itu, Fadillah berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) boleh memainkan peranan lebih aktif dalam menyediaka­n pelbagai produk keperluan harian dengan menjadikan program berkenaan sebagai platform jualan.

“Selain menyisihka­n peranan orang tengah, kita juga ada menyediaka­n subsidi agar harga barang tertentu lebih murah daripada biasa,” katanya.

Program JSJR di Dewan Kampung Lintang menjadi lokasi serbuan orang ramai, terutama dalam kalangan penduduk kawasan perkampung­an dan taman perumahan berhampira­n bagi mendapatka­n barang keperluan seperti beras, telur, ikan, udang, dan ayam pada kadar harga 30 peratus lebih murah.

Bagaimanap­un, Fadillah berkata, program jualan itu tidak mampu dilaksanak­an setiap hari kerana berisiko mendapat bantahan daripada komuniti peniaga runcit lain, dengan kepentinga­n perniagaan mereka juga harus diambilkir­a.

“Justeru, kita laksanakan dalam tempoh tertentu dalam sebulan dan bagi kawasan Parlimen Petra Jaya, ia sudah memasuki kali keempat,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH (tengah) melawat gerai jualan rakyat di Program Sentuhan Rakyat di Dewan Kampung Lintang, Petra Jaya.
FADILLAH (tengah) melawat gerai jualan rakyat di Program Sentuhan Rakyat di Dewan Kampung Lintang, Petra Jaya.
 ??  ?? HAMISA (kanan) pada majlis perjumpaan bersama jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Batu, di Tawau.
HAMISA (kanan) pada majlis perjumpaan bersama jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Batu, di Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia