Harian Metro

Hasrat majukan Penampang pusat IT

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

 Antara satu daripada tujuh komitmen digaris calon BN, Ceasar Mandela Malakun

Sejajar jiwa orang muda yang sinonim dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam urusan harian, calon Barisan Nasional (BN) Penampang, Ceasar Mandela Malakun menggarisk­an usaha untuk membangunk­an bidang itu di daerah ini.

Usaha itu digariskan dalam satu daripada tujuh komitmen manifesto beliau untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan sasaran menjadikan Penampang sebagai pusat teknologi maklumat (IT).

Mandela, 27, yang juga calon BN termuda di Sabah berkata beliau akan memanfaatk­an status Pusat Komersial dan Teknologi Antarabang­sa Penampang (ITCC) di sini yang diiktiraf sebagai Multimedia Super Koridor (MSC) Cybercentr­e.

“Saya ingin membangunk­an industri berkaitan IT dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan menarik yang dapat memperkasa golongan muda, selain membekalka­n rakyat dengan kemahiran yang akan memastikan mereka menguasai bidang masing-masing,” katanya dipetik menerusi manifesto beliau.

Komitmen lain disuarakan dalam manifeston­ya ialah meningkatk­an peluang pekerjaan, menaik taraf infrastruk­tur, pendidikan berkualiti, mewujudkan tadbir urus teratur, menambah baik akses penjagaan kesihatan dan mengembang­kan industri pelanconga­n serta memelihara budaya.

Beliau berkata, aspek pertama yang perlu diberikan perhatian ialah usaha membawa masuk pelabur untuk membuka industri baharu ke daerah ini agar dapat menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Kekurangan infrastruk­tur juga adalah penghalang kepada pembanguna­n di kawasan ini. Kita perlu memberi tumpuan kepada aspek ini supaya penduduk mendapat akses bekalan air, jalan raya, elektrik dan Internet secukupnya. Kita mahu tiada satu pun rakyat Penampang terlepas menerima manfaat ini,” katanya.

Dalam aspek pendidikan, beliau menggarisk­an usaha untuk membina sebuah sekolah menengah aliran Cina dan memastikan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kipavo, di sini, dipercepat­kan bagi menampung keperluan penduduk.

Beliau turut menggarisk­an usaha menaik taraf sistem pentadbira­n Majlis Daerah Penampang (MDP) dan pejabat daerah menerusi perkhidmat­an elektronik secara dalam talian bagi memudahkan akses orang ramai, khususnya golongan belia.

“Saya juga mahu penjagaan kesihatan berkembang untuk menampung keperluan warga tua di Penampang yang semakin bertambah.

“Begitu juga dalam aspek pelanconga­n, kita mahu budaya tempatan di Penam- pang dijadikan tarikan bagi menarik pelancong yang mana ia memberi manfaat dari segi menambah pendapatan dan memelihara budaya,” katanya.

Pada PRU-14, Mandela yang kali bertanding mewakili Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) bakal berdepan saingan empat penjuru dengan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Darell Leiking; Cleftus Stephen Spine (STAR) dan calon Parti Kerjasama Anak Negeri, Dr Edwin @ Jack Bosi.

 ??  ??
 ??  ?? SAINGAN empat penjuru yang turut bertanding (dari kiri) Darell Leiking, Cleftus Stephen Spine dan Dr Edwin @ Jack Bosi.
SAINGAN empat penjuru yang turut bertanding (dari kiri) Darell Leiking, Cleftus Stephen Spine dan Dr Edwin @ Jack Bosi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia