Harian Metro

Pengundi bandar faktor penentu kemenangan calon

-

Marudi : Kelompok pengundi bandar berperanan penting sebagai ‘faktor penentu’ kemenangan dua calon bertanding di kerusi tumpuan, Parlimen Baram, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), termasuk usaha meningkatk­an perolehan jumlah undi majoriti di kawasan berkenaan.

Ini diakui penyandang kerusi Parlimen Baram, Anyi Ngau dari Barisan Nasional (BN), begitu juga lawannya, Roland Engan, sambil mengakui kebanyakan pengundi berdaftar di kawasan itu bekerja di bandar besar di seluruh negeri.

Anyi berkata, pasukan jenteranya sudah mengenal pasti kelompok pengundi berkenaan, malah akan memastikan mereka pulang ke Baram menunaikan hak mengundi masing-masing.

“Kehadiran pengundi bandar pada hari pengundian nanti amat penting sebagai faktor penentu kemenangan calon bertanding di Parlimen Baram. Paling penting, kita (BN) mahu menyasarka­n peningkata­n jumlah perolehan undi majoriti kali ini,” katanya.

Parlimen Baram menjadi tumpuan berikutan kerusi itu dikenal pasti antara kawasan mencatatka­n perolehan jumlah undi majoriti paling sedikit dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) iaitu hanya 194 undi.

Malah, kawasan itu turut menjadi tumpuan membabitka­n ‘pertembung­an bersaudara’ apabila Anyi yang juga penyandang kerusi itu, bakal berdepan tentangan bapa saudaranya sendiri.

Anyi ketika memgulas lanjut berkata, beliau turut mendapat bantuan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Gerawat Gala (Mulu), Datuk Dr Penguang Manggil (Marudi) dan Dennis Ngau (Telang Usan) bagi menjayakan kempennya.

“Di Parlimen Baram ini, suasana berkempen sedikit berbeza dengan kawasan lain kerana ada cabarannya sendiri. Kawasannya amat luas, selain bentuk muka bumi dan kawasan penempatan jauh serta berselerak.

“Malah, masih ada banyak kampung tidak dapat dihubungi menggunaka­n jalan darat kerana terletak di pedalaman dan faktor geografi. Namun, saya menganggap cabaran ini sebagai pendorong semangat untuk mendekati rakyat,” katanya.

Sementara itu, Roland turut mengharapk­an pengundi bandar pulang ke kampung masing-masing pada hari pengundian untuk menunaikan hak masing-masing.

“Ini hak mereka yang perlu ditunaikan... mereka lebih memahami kehendak dan aspirasi penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar walaupun sudah berhijrah mencari rezeki di bandar besar,” katanya.

 ??  ?? ANYI Ngau
ANYI Ngau
 ??  ?? ROLAND Engan
ROLAND Engan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia