Harian Metro

Akhimullah mahu kekal momentum ke Buenos Aires

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang skuad hoki bawah 18 tahun negara, Mohamad Akhimullah Anuar Esook berharap dapat mengekalka­n momentum dengan mempamer aksi lebih cemerlang pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina Oktober depan.

Akhimullah yang menjadi kunci kepada kejayaan utama pasukan pada kempen kelayakan kejohanan berprestij itu di Bangkok yang berakhir semalam, meledak 16 gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan sekali gus membawa Malaysia mencipta sejarah layak kali pertama ke temasya sukan berprestij itu.

“Saya akan cuba buktikan sekali lagi pada Oktober ini dengan beraksi lebih baik bersama-sama rakan sepasukan,” katanya.

Penyerang itu bagaimanap­un mengakui terkejut kerana mampu membantu Malaysia layak kali pertama ke Sukan Olimpik Remaja.

“Kami memang tidak menjangkak­an kejayaan ini, lebih-lebih lagi apabila perlu bertemu Korea Selatan di peringkat separuh akhir.

“Tapi sikap setiap pemain yang tidak pernah mengenal erti putus asa, akhirnya memberikan kemenangan kepada kami dan layak ke Buenos Aires.

“Apapun cabaran pasti lebih sukar di Argentina kerana setiap pasukan yang layak adalah yang terbaik,” katanya.

Malaysia tewas kepada India menerusi penentuan penalti pada aksi final semalam tetapi sudah mengesahka­n tiket ke Sukan Olimpik Remaja dengan mara ke pentas final selepas mengejutka­n Korea Selatan di separuh akhir.

 ??  ?? AKHIMULLAH (kanan) ketika mewakili pasukan Tenaga Nasional Berhad.
AKHIMULLAH (kanan) ketika mewakili pasukan Tenaga Nasional Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia