Harian Metro

BILIK GERAKAN ORANG KERDIL

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Petugas jentera parti tak hirau kekurangan dalam melaksana tugas dengan cemerlang

“Walaupun fizikal kami tidak seperti orang lain, selagi ada kudrat kami akan terus membantu dan menyumbang bakti untuk masyarakat.

“Kami memainkan peranan sebagai jentera parti, perayu undi dan petugas Jalinan Rakyat untuk memastikan semua berjalan lancar pada hari pengundian kelak. Kerja kami sama beratnya dengan orang normal,” kata Jasmi Shafie, Naib Ketua UMNO Cawangan Kampung Masjid di sini, semalam.

Dia dan 15 orang kerdil menjadi tenaga penggerak di cawangan itu sejak lebih 20 tahun lalu untuk memastikan perancanga­n disusun khususnya bagi Parlimen Titiwangsa teratur menjelang hari membuang undi, 9 Mei depan.

Katanya, mereka aktif sebagai jentera pilihan raya di kawasan Titiwangsa sejak 1990 dan tidak pernah berasa malu dengan fizikal dimiliki kerana apa yang perlu dilakukan ialah menyelesai­kan kerja yang diamanahka­n sebaik mungkin.

“Saya bersama rakan lain sudah biasa dengan penduduk di sini terutama Kampung Baru. Kami tidak kekok buat kerja walaupun memang akan ada mata yang memerhati dan melihat pergerakan kami yang unik berbanding insan normal lain,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM).

Rakannya, Saidatun Nafisa Jaafar, 51, berkata, setiap kali ke bilik gerakan, dia berulang dari rumahnya di Pantai Dalam menaiki komuter, monorel dan bas untuk melaksanak­an tanggungja­wab sebagai petugas parti.

Katanya, biarpun terpaksa bersusah payah, dia melaksanak­an tanggungja­wab yang diberikan sebaik mungkin selain menjalanka­n tanggungja­wab sebagai pengundi di kawasan itu.

Rakannya, Ruzita Ahmad, 49, berkata, dia tidak menjadikan keadaan fizikal dirinya penghalang untuk membantu parti sebagai jentera dan perayu undi kerana mengenangk­an terlalu banyak kemudahan disediakan untuk orang kerdil sepertinya.

Sabtu lalu, Jasmi bersama empat orang kerdil lain membantu calon Barisan Nasional bagi Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika penamaan calon dan bergerak sebagai jentera kempen di kawasan berkenaan dengan melakukan pelbagai tugasan di bilik gerakan.

Johari berkata, beliau secara peribadi mengenali mereka dan membantu PKOKM menjalanka­n aktiviti mereka.

“Walaupun kerdil, semangat mereka kuat untuk membantu parti dan ada ketikanya melebihi orang lain,” kata Johari.

 ??  ??
 ??  ?? JASMI (kanan) bersama orang kerdil yang membantu calon BN Titiwangsa.
JASMI (kanan) bersama orang kerdil yang membantu calon BN Titiwangsa.
 ??  ?? JASMI (kanan) dan rakan berbincang aktiviti PKOKM.
JASMI (kanan) dan rakan berbincang aktiviti PKOKM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia