Harian Metro

PETAKA 2 SAHABAT BAIK DI PEKANBARU

- Poliana Ronnie Sidom, Nurul Hidayah Bahaudin dan Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

Penuntut Malaysia maut motosikal rempuh lori dalam kemalangan di Pekanbaru, Riau

Kuala Lumpur

Dua sahabat baik yang juga penuntut Malaysia maut dalam kemalangan tragik di Jalan Garuda Sakti, Pekanbaru, Riau, Indonesia, jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohammad Shaiful Bukhari Ammat, 25, dan Ameer Hakimi Azman, 20, maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah lori yang berhenti di tengah jalan di laluan berkenaan.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia berkata, kedua-dua penuntut terbabit dibawa ke Hospital Aulia yang terletak berhampira­n lokasi kejadian.

“Shaiful disahkan meninggal dunia jam 5 petang (kelmarin) ketika dalam perjalanan ke Hospital Aulia, manakala Amer dipindahka­n ke Hospital Dr Sebastian.

“Namun Shaiful yang mengalami kecederaan parah pada tulang rusuk disahkan meninggal dunia jam 5.35 petang (kelmarin),” katanya ketika dihubungi semalam.

Shaiful yang berasal dari Sabah dan Ameer yang berasal dari Pulau Pinang adalah penuntut Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim Pekanbaru, Riau di Sumatera dalam jurusan Undang-undang Keluarga Islam dan Bimbingan Kaunseling Islam.

Difahamkan jenazah dua mangsa terbabit dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini.

Sementara itu Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia Cawangan Pekanbaru (PKPMI-CPB) Sesi 2017/2018 memaklumka­n jenazah mangsa akan dibawa ke Jakarta, Indonesia terlebih dulu untuk urusan dokumentas­i sebelum dibawa balik ke kampung halaman masing-masing.

Kementeria­n Luar

Negeri dalam satu kenyataan mengesahka­n kemalangan berkenaan dan memaklumka­n Konsulat Malaysia di Pekanbaru, menghulurk­an bantuan bagi menguruska­n jenazah untuk dibawa balik dengan segera.

Difahamkan, jenazah Shaiful akan dibawa pulang ke Sabah menggunaka­n penerbanga­n ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia

(TUDM) dari Lapangan Terbang Subang.

Jenazah Ameer pula akan dibawa pulang ke kampung halamannny­a di Pulau

Pinang menggunaka­n jalan darat oleh ahli keluarga. Bukit Mertajam: “Semalam adalah hari lahir saya yang ke-49 dan pada hari itu juga saya terpaksa menerima berita duka kehilangan anak disayangi,” ujar Datin Roziah Hashim, ibu kepada Ameer Hakimi Azman, 20, pelajar Malaysia yang maut akibat kemalangan jalan raya di Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Menurutnya, dia yang ketika itu berada di Kota Kinabalu, Sabah, bergegas pulang ke Pulau Pinang sebaik menerima panggilan telefon daripada suami memaklumka­n anak kedua mereka maut akibat kemalangan.

Roziah berkata, dia

 ??  ??
 ??  ?? PETUGAS Konsulat Jeneral Malaysia di Pekanbaru, Indonesia meneliti proses memasukkan jenazah dua pelajar Malaysia untuk dihantar pulang ke Malaysia.
MOHAMMAD Shaiful
PETUGAS Konsulat Jeneral Malaysia di Pekanbaru, Indonesia meneliti proses memasukkan jenazah dua pelajar Malaysia untuk dihantar pulang ke Malaysia. MOHAMMAD Shaiful

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia