Harian Metro

PERTAMA BERSALAH BERITA PALSU

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

 Pembersih kuda terbit berita tak benar dijel seminggu

Lelaki warga Denmark yang menjadi individu pertama didakwa mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dihukum penjara seminggu dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, semalam.

Salah Salem Saleh Sulaiman, 46, didakwa menerbitka­n berita tidak benar berhubung kelewatan polis tiba di lokasi pembunuhan pensyarah warga Palestin, dua minggu lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhka­n hukuman itu terhadap lelaki berasal dari Yaman berkenaan selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang bekerja sebagai pembersih kuda menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 23 April lalu.

Salah Salem turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Tertuduh juga diperintah­kan memadam rakaman video berkenaan daripada akaun YouTube miliknya.

Mengikut pertuduhan, Salah Salem didakwa dengan niat jahat menerbitka­n berita tidak benar melalui rakaman video di akaun YouTube atas nama Salah Sulaiman bertajuk Pembunuhan Sheikh Al Gazawi Fadi al Batsy di Kuala Lumpur, cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik wakil antara jam 6.50 pagi dan 9 pagi di sekitar Kondominiu­m Puteri Idaman, Jalan Meranti, Setapak pada 21 April lalu.

Rakaman berdurasi satu minit 49 saat itu menunjukka­n tertuduh mendakwa dia ada bersama mangsa pada masa kejadian dan mendakwa polis tiba di tempat kejadian 50 minit kemudian selain mendakwa ambulans tiba sejam kemudian.

Pertuduhan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut subseksyen 4(1) Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Salah Salem yang tidak diwakili peguam beberapa kali memohon maaf atas perbuatann­ya itu dan mengatakan dia hanya datang ke negara untuk melancong selain tidak tahu undang-undang di sini.

“Saya minta maaf pada semua rakyat Malaysia dan menyesal atas perbuatan saya,” katanya yang mempunyai tiga isteri dan enam anak.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya lebih berhati-hati sebelum menyebarka­n sebarang berita.

“Perbuatan tertuduh bukan sahaja mencalar imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah mengguris hati keluarga mangsa,” katanya.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu menerima satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp mengenai satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki Arab memberi kenyataan dan pengadu memahami berdasarka­n sarikata di dalam Bahasa Melayu.

 ??  ??
 ??  ?? SALAH dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
SALAH dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia