Harian Metro

REVOLUSI BARU KEMPEN BN IBU KEMPEN LAWAN NIK OMAR DR ASYRAF PERJELAS PELUK WANITA

 PM jamin perhebat usaha untuk Sabah, Sarawak dengan peruntukan besar

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Sabah akan terus maju jika rakyatnya terus memberi kepercayaa­n kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir kerajaan di peringkat negeri dan Persekutua­n.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau memberi jaminan itu selain mahu berusaha menghapusk­an jurang pembanguna­n antara Semenanjun­g dengan Sabah dan Sarawak terus diperhebat­kan, apatah lagi ia tidak dilakukan pemimpin terdahulu yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Katanya, sebab itu kerajaan Pusat memberi peruntukan besar termasuk memberi dana RM1 bilion untuk membaiki sekolah daif di Sabah, selain mewujudkan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang mampu mengubah seluruh kawasan di Sabah dalam tempoh lima tahun.

“Di Sabah, apabila Tan Sri Musa (Aman) kata nak minta tolong baiki sekolah daif, beliau pun tak mimpi (menyangka) apabila saya setuju luluskan RM1 bilion...sebab saya nak pastikan

gap (jurang) antara Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ada tak pemimpin 22 tahun itu janji macam ini?

“Sebab itu kita buat Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai RM16 bilion. Itu fasa pertama, ada lagi fasa kedua, fasa ketiga... seluruh kawasan Sabah dan wilayah ini akan berubah.

“Kita ada agenda, bukan janji nak lepaskan janji di mulut, bukan dalam hati, kita tepati janji,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; calon BN Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan Karamuntin­g, Datuk Samsudin Yahya serta Lim Kai Ming.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Sabah tidak pernah berada pada hati pemimpin pembangkan­g ketika ini dulunya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apatah lagi untuk datang ke Sabah ketika itu dan membawa buah tangan kepada rakyat negeri ini.

Sebaliknya, beliau berkata, pemimpin pembangkan­g itu menghina rakyat dengan mengatakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah ‘dedak’.

“Itu maknanya orang Sabah tiada dalam hati kecilnya. Saya lebih kerap melawat Sabah dalam sembilan tahun (sebagai Perdana Menteri) daripada dia selama 22 tahun,” katanya.

Najib juga meminta rakyat negeri ini membuat penilaian menggunaka­n akal dan memilih parti yang boleh menjadikan hidup mereka lebih baik pada masa depan.

“Dalam pilihan raya bila kita nak pilih, apa ukuran dan kriteriany­a? Tentu sekali gunakan akal fikiran...kena pilih mana satu pihak yang boleh mengubah hidup kita, bukan (parti) main emosi, bukan (parti) main slogan, tabur fitnah dan bukan (individu) mengejar agenda peribadi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri menerima borang keahlian daripada 754 ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) membabitka­n beberapa cawangan di sini yang keluar parti untuk menyertai BN, serta 146 ahli Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) yang turut meninggalk­an parti pembangkan­g tempatan itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAJIB dan Musa (lima dari kiri) bersama calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN Kalabakan dan Tawau ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen di Padang Perbandara­n Tawau.
NAJIB dan Musa (lima dari kiri) bersama calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN Kalabakan dan Tawau ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen di Padang Perbandara­n Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia