Harian Metro

Beza lebih ketara

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@nstp.com.my

 Sokongan di akar umbi penanda aras berbanding di media sosial

Realiti sokongan di dalam laman sosial menunjukka­n perbezaan ketara berbanding reaksi diberikan akar umbi di lapangan ketika tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak dinafikan jika masyarakat melihat di sosial media dan mendapati kemenangan tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) namun beliau menafikan perkara itu selepas turun ke akar umbi.

“Dalam media sosial memang BN (nampak) sudah kalah, tetapi keadaan di lapangan (akar umbi) berlainan sama sekali selepas beberapa hari saya menjalanka­n program kempen di Pulai.

“Pada 2008 dan 2013 pun kita (BN) kalah dalam sosial media kerana perbuatan

tetapi di lapangan tidak begitu,” katanya.

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Pulai ditemui selepas menghadiri program basmi aedes dan ramah mesra bersama penduduk Taman Tan Sri Yaacob, di sini, semalam.

Yang turut hadir, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Wong You Fong.

Nur Jazlan berkata, beliau juga tidak mengesan sebarang unsur tsunami Melayu atau Cina akan berlaku di kawasan Parlimen berkenaan seperti didakwa pihak pembangkan­g.

“Saya cukup yakin dengan perkhidmat­an diberikan dan apabila turun ke mana-mana, saya tidak terima penolakan daripada pengundi.

“Ketiadaan kempen agresif oleh pembangkan­g dan ketiadaan taktik samseng membuatkan pengundi Pulai terutama masyarakat Cina dapat berfikir dengan objektif.

“Tiada tsunami Cina dan Melayu nanti. Saya tidak kesan tsunami Cina atau Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina atau Melayu, dengan kehambaran ceramah (pembangkan­g) setiap kali dianjurkan, saya tengok unsur untuk berlaku tsunami Melayu tidak ada,” katanya.

 ??  ?? NUR Jazlan menyampaik­an ucapan sambil disaksikan Wong (kanan) ketika program basmi aedes di Taman Sri Yaacob, semalam.
NUR Jazlan menyampaik­an ucapan sambil disaksikan Wong (kanan) ketika program basmi aedes di Taman Sri Yaacob, semalam.
 ?? Nur Jazlan ?? Dalam media sosial memang BN (nampak) sudah kalah, tetapi keadaan di lapangan (akar umbi) berlainan sama kali”
Nur Jazlan Dalam media sosial memang BN (nampak) sudah kalah, tetapi keadaan di lapangan (akar umbi) berlainan sama kali”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia