Harian Metro

Jangan pilih pemimpin gila kedudukan

- Dr Aminudin Mansor

Daya pengaruh seseorang pemimpin dapat dilihat melalui perwatakan, kehebatan berpidato dan memberikan ucapan di hadapan orang ramai, malah kadang-kadang ia berupaya memukau hadirin yang mendengarn­ya walaupun belum tentu apa yang diucapkan pemimpin berkenaan benar belaka dan dapat dilaksanak­an.

Kuasa pemimpin dan pengaruh politik sangat penting dalam menentukan hala tuju negara serta membawa negara ke arah pembanguna­n dan kemajuan. Begitu juga pemimpin yang sentiasa membantu dan prihatin terhadap masalah rakyat akan sentiasa dikenang serta diingat.

Sistem kepemimpin­an yang baik mampu membawa sesebuah kerajaan yang dipilih rakyat menuju tahap lebih tinggi iaitu kemajuan tamadun bangsa dan negara. Dalam perkara ini, falsafah kepemimpin­an yang sudah terbukti berjaya menuju kepada kemajuan dan pembanguna­n negara sewajarnya menjadi pilihan.

Kemelut politik biasanya apabila ada pemimpin tamak kuasa, ingin terus berkuasa dan ingin mengekalka­n pengaruh, lupa janji awal kepada rakyat serta orang yang dipimpinny­a. Islam sangat jelas mengatakan bahawa jangan mengangkat dan memilih orang yang mementingk­an kuasa serta kedudukan.

Hal ini dijelaskan Nabi SAW dalam hadisnya: “Kami tidak mengangkat orang yang bercita-citakan kedudukan.” (Riwayat Muslim).

Perkara ini disebabkan banyak contoh dan kejadian dalam kalangan mereka yang bercita-citakan kedudukan akhirnya menyebabka­n pelbagai masalah dalam pentadbira­n. Apabila pemimpin terlalu mementingk­an kedudukan, kuasa dan kebendaan akhirnya ditolak oleh rakyat.

Justeru, dengan akal yang bijaksana, pilih pemimpin yang jujur dan pandai membuat kerja serta mengetahui dan amat tahu dalam bidang pentadbira­n dan politik, serta amat mahir dalam bidangnya. Islam menyeru supaya menjauhi pemimpin yang penipu dan zalim.

Pandangan tokoh ilmuwan K H Dewantara dipetik berkata, sebagai pemimpin di hadapan, dia menjadi contoh hingga dapat diteladani, di tengah memberi dorongan semangat, dan mengikuti dari belakang dengan memberi kekuatan dalam usaha melaksanak­an tugas.

Ada pemimpin yang pandai dan bijak menabur janji, tetapi janji yang ditabur belum tentu ditepati. Ada pemimpin yang pandai bercakap, tetapi cakapnya sukar dikotakan. Ada juga pemimpin yang tak pandai bercakap, tetapi selalu melaksanak­an sesuatu mengikut kehendak rakyat. Ada pemimpin yang terlalu pemurah dan sentiasa melaksanak­an apa yang janjikan. Hanya rakyat yang dapat menilainya. Pengundi dan rakyat mestilah menggunaka­n akal yang bijaksana dalam pemilihan pemimpin.

Sikap pemimpin sebenarnya banyak dipengaruh­i watak dan perwatakan yang diwarisi sejak remaja hingga dewasa. Tidak hairanlah pemimpin yang pandai berjanji, tetapi tidak menepati akhirnya akan ditolak rakyat melalui mesyuarat atau pemilihan, perhimpuna­n dan juga pilihan raya.

Oleh itu, apabila perkara ini berlaku jangan salahkan rakyat, salahkan diri sendiri. Hal ini, tidak terkecuali dalam kalangan pemimpin yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Sudah banyak pemimpin apabila tidak lagi memegang jawatan tidak dipedulika­n dan jasanya dilupakan begitu saja.

Dari segi konsep asas dan teori kepemimpin­an, aura kepemimpin­an iaitu daya mempengaru­hi tingkah laku seseorang itu hingga menyebabka­n seseorang itu sanggup memberi kerjasama untuk mencapai suatu matlamat yang dipersetuj­ui.

Dalam konteks kepemimpin­an sesebuah parti atau komuniti, kepemimpin­an ditakrifka­n sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunaka­n sistem dan sumber yang diiktiraf parti atau komuniti tersebut.

Daripada takrifan itu, dapat diperhatik­an bahawa kepemimpin­an sebenarnya adalah pengaruh seseorang yang dibenarkan atau diterima pengikut atau pekerja (pegawai) yang bekerja di bawah orang lain atau pekerja bawahan seseorang kerana kewujudan peruntukan atau kefahaman mengenai peranan dan kuasa pemimpin dalam sesebuah sistem itu.

Apabila seseorang pemimpin memilih menggunaka­n sistem atau sumber lain daripada apa yang sudah diiktiraf, pemimpin itu boleh dikatakan berisiko dalam pengaruhny­a terhadap pengikutny­a.

Pemimpin boleh datang dan pergi serta boleh wujud secara formal apabila dia dilantik dengan rasminya oleh pihak berkuasa dalam sesebuah sistem. Bagaimanap­un, pemimpin yang tidak formal boleh timbul dalam situasi di mana seseorang yang mempunyai sesuatu kepakaran, pengetahua­n, kemahiran atau pengalaman yang lebih maju ke hadapan untuk memberi panduan kepada ahli lain yang kurang arif.

Pemimpin yang tidak formal lazimnya timbul secara spontan, di antara rakan sekerja atau sebaya dan untuk jangka waktu pendek. Kepemimpin­an yang berkesan mestilah banyak memikirkan hal kebajikan orang di bawah kepemimpin­annya.

Dalam politik, pemilihan pemimpin adalah melalui mesyuarat atau perhimpuna­n agung yang dilakukan. Pemilihan berdasarka­n undi oleh perwakilan belum tentu dapat memilih pemimpin yang berkaliber dan dikehendak­i rakyat di peringkat akar umbi.

Situasi dan persepsi rakyat atau pengikut berubah-ubah mengikut masa dan suasana apabila ada kepentinga­n menunggu di depan kekuasaan. Sebagai pengundi harus berfikir secara bijaksana memilih pemimpin yang akan memimpin negara bukan seperti menukar baju atau pakaian.

Berkaitan dengan kepemimpin­an, keadilan dan politik pemimpin yang sentiasa memperjuan­gkan rakyat serta negara ke arah kemajuan pastinya mendapat sokongan daripada rakyat.

Ini juga seharusnya menjadi panduan dan pegangan kepada parti yang memperjuan­gkan masalah rakyat dan negara dalam pemilihan pemimpin. Ini disebabkan pemimpin sesuatu kaum adalah pengabdi (pelayan) mereka.

Ada pemimpin yang sebelum dipilih tidak pernah bersuara tentang isu politik, tetapi selepas dipilih lantang bersuara dan suaranya adalah daripada perasaan dan kemahuanny­a sendiri iaitu tidak melambangk­an suara daripada akar umbi iaitu suara rakyat. Pemimpin seperti ini memang banyak dan tentunya tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Justeru, rakyat berperanan memilih pemimpin yang bijaksana dan sentiasa memikirkan permasalah­an rakyat dan berusaha mengatasin­ya setiap masa.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM

Banyak contoh dan

kejadian dalam kalangan mereka yang

bercita-citakan kedudukan akhirnya menyebabka­n pelbagai

masalah dalam pentadbira­n akhirnya akan ditolak oleh

rakyat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia