Harian Metro

Tiada cuti ganti khas guru terbabit PRU14

-

Kampung Gajah: Tiada cuti persekolah­an khas susulan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melainkan 9 Mei, namun guru yang terbabit boleh memohon pelepasan tambahan menerusi Cuti Rehat Khas.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan sudah meluluskan tambahan cuti khas itu kepada 10 hari berbanding tujuh sebelum ini, awal tahun ini.

“Dari segi peraturann­ya, tak ada (cuti selepas PRU), tapi apa-apa permintaan daripada individu (guru) untuk kes tertentu boleh mohon kepada pihak sekolah menerusi kuota Cuti Rehat Khas itu.

“Guru yang terbabit boleh memohon berehat selepas bertugas disebabkan PRU, kira undi sampai ke malam, dia boleh minta pada guru besar, pengetua dia.

“Kalau minta secara pakej, sekolah cuti, itu tiada (dalam peraturan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bicara Profesiona­l ‘Survival Ummah’ Kecemerlan­gan Pendidikan Tanggungja­wab Bersama di Dewan Besar Felcra di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Salak.

Sebelum ini ada permintaan kesatuan guru memohon cuti tambahan selepas PRU-14 bagi membolehka­n guru menjadi petugas SPR berehat, selain sekolah yang menjadi pusat penamaan dan mengundi dibersihka­n.

Dalam pada itu, ketika berucap di hadapan 1,500 pengetua, guru besar dan guru, Mahdzir sempat menitipkan pesanan supaya warga pendidik menghargai apa yang dilakukan kerajaan.

Beliau berkata, penting buat golongan itu mempersiap­kan diri dan mengubah mentaliti daripada konvesiona­l kepada berteras digital selaras dasar kerajaan yang dirangka untuk masa depan.

“Sebab itu dalam pendidikan, kami ada satu elemen iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mengajar murid supaya boleh menjawab dengan cepat, tahu nak jawab apa dan berpengeta­huan,” katanya.

 ?? Mahdzir ?? Kalau minta secara pakej, sekolah cuti, itu tiada (dalam peraturan)”
Mahdzir Kalau minta secara pakej, sekolah cuti, itu tiada (dalam peraturan)”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia