Harian Metro

Ibu kota Armenia lumpuh

-

Yerevan: Ibu kota Armenia lumpuh selepas puluhan ribu penunjuk berhimpun dan menyekat beberapa laluan di Yerevan dan lapangan terbang utama bandar itu semalam.

Puluhan ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan raya sejak beberapa hari lalu selepas pemimpin pembangkan­g, Nikol Pashinyan disekat Parlimen daripada menjadi Perdana Menteri.

Bantahan beberapa hari di negara kecil bekas Soviet itu mencetuska­n pertelingk­ahan antara penyokong Pashinyan yang berarak di jalanan dan penyokong golongan pemerintah elit yang masih mahu berkuasa serta mengawal sistem keselamata­n.

Parti Republikan yang memerintah menolak cubaan Pashinyan untuk mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri kelmarin selepas pemimpin veteran Serzh Sarksyan meletak jawatan pada minggu lalu.

Pashinyan, bekas wartawan yang dipenjara dua tahun kerana mencetuska­n rusuhan selepas pilihan raya presiden 2008, dikemukaka­n ke Parlimen sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri.

Namun Parti Republikan, sekutu kepada Sarksyan, memiliki majoriti dalam Parlimen dan selepas beberapa jam debat hangat menggantun­g sokongan untuk Pashinyan, menyebabka­n dia kekurangan sokongan diperlukan.

Satu lagi cubaan memilih Perdana Menteri baru dijangka dalam tempoh seminggu. Jika Parlimen gagal memilih Perdana Menteri baru dengan sokongan majoriti sebanyak dua kali, pilihan raya perlu diadakan. Reuters

 ??  ?? PENYOKONG pembangkan­g berjalan di jalan raya di Yerevan semalam bagi membantah keputusan Parlimen menolak pemimpin mereka menjadi perdana menteri yang baru. - Reuters
PENYOKONG pembangkan­g berjalan di jalan raya di Yerevan semalam bagi membantah keputusan Parlimen menolak pemimpin mereka menjadi perdana menteri yang baru. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia