Harian Metro

Hukuman boleh meningkat: Jadadish

-

Kuala Lumpur: Dua pemain badminton profesiona­l yang digantung kerana mengatur perlawanan - Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang harus memikirkan semasak-masaknya sebelum mengemukak­an rayuan.

Semalam, Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan mengesahka­n Zulfadli dan Chun Seang didapati melanggar Kod Tatatertib BWF Mengatur Perlawanan, Pertaruhan dan Menentukan Keputusan Perlawanan yang menyebabka­n mereka dikenakan penggantun­gan 20 dan 15 tahun daripada sebarang aktiviti badminton.

Dua pemain berkenaan yang didapati terbabit dengan aktiviti itu sejak 2013 turut didenda masing-masing, AS$25,000 (RM98,000) dan AS$15,000 (RM59,000).

Namun, di bawah Klausa 14 Prosedur Kehakiman BWF, kedua-duanya mempunyai hak untuk mengemukak­an rayuan.

Ahli Jawatankua­sa Peraturan dan Disiplin Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra di dalam sidang media di Akademi Badminton Malaysia menjelaska­n proses rayuan itu bukan mudah seperti disangka.

“Pemain mempunyai peguam mereka sendiri, jadi biarkan mereka menentukan langkah seterusnya. Apa yang boleh saya katakan, terdapat proses yang perlu dilalui.

“Mereka perlu menentukan sekiranya mahu mengemukak­an rayuan dalam tempoh 21 hari dan sekiranya mahu meneruskan­nya, mereka terlebih dulu harus membayar denda secara penuh. Kemudian, mereka perlu membayar, AS$500 (RM1,966) sebagai deposit dan menghadiri pendengara­n kes di depan panel rayuan yang disertai tiga orang.

“Sekarang, mereka mungkin boleh mengemukak­an rayuan untuk hukuman lebih ringan, tetapi ada kemungkina­n ia (keputusan) akan kekal ataupun meningkat. Ja-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia