Harian Metro

‘Siapa calon MB mereka?’ Dulu lain sekarang lain

- Farah Marshita Abdul Patah dan Julia Fiona cnews@nstp.com.my

Tangkak: Tindakan pembangkan­g yang masih belum menamakan calon Menteri Besar Johor mereka sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menimbulka­n persoalan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menyifatka­n kewajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang dikaitkan untuk menjadi calon Menteri Besar Johor menimbulka­n tanda tanya.

“Saya percaya berlegar-legar di fikiran rakyat seperti kalau pembangkan­g berjaya (menang PRU), siapa menteri besar dia kerana (pembangkan­g) masih tak beritahu kepada rakyat.

“Siapa nak jadi Menteri Besar? Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin? Kalau Muhyiddin calon Menteri Besar kenapa tak umum? Kalau umum, adakah itu bermakna sebenarnya (pembangkan­g) mengakui mereka tak boleh menang (PRU14) dan tubuh kerajaan pusat.

“Ataupun kalau betul pun dapat bentuk kerajaan pusat, Muhyiddin dah tak ada tempat di pusat? Kalau orang sebelah sana (pembangkan­g) pun buang Muhyiddin, kenapa kita yang di sebelah sini pula nak terima Muhyiddin,” katanya pada Majlis Perasmian Menggantik­an Empat Jambatan Sempit di Jalan Sengkang-Bukit Gambir di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga calon BN Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri, calon BN DUN Gambir, Datuk M Asojan dan calon BN DUN Serom, Datuk Abdull Rahim Talib.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled turut meninjau sebuah daripada empat jambatan terbabit yang bernilai RM16 juta dan dibina semula berikutan struktur jambatan asal yang sempit dan berbahaya kepada penduduk serta pengguna laluan terbabit yang diharapkan akan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Mohamed Khaled berkata, mengikut rancangan dan gerak kerja sebelum ini, BN akan terus menang dan membentuk kerajaan negeri pada PRU14 ini.

“Kita berharap masyarakat di Gambir khususnya betul-betul membuat pilihan yang tepat. Masyarakat Gambir perlu pilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat, bukan pilih berasaskan nama besar.

Tindakan Tun Daim Zainuddin yang membuat pusingan U terhadap kenyataann­ya berhubung isu Cukai, Barangan dan Perkhidmat­an GST membuktika­n bekas Menteri Kewangan itu bersekongk­ol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To Choong berkata, sebagai seorang yang berpengala­man dan mengetahui selok-belok kewangan dan bank, Tun Daim sebenarnya mengetahui kebaikan pelaksanaa­n GST.

Sebaliknya, beliau berkata, tindakan Tun Daim menghentam GST adalah bercanggah dengan logik dan prinsipnya hanya kerana beliau kini berada di pihak Dr Mahathir.

“Anehnya apabila GST dilaksanak­an tiga tahun lalu, beliau antara salah seorang yang menyokong dan memberitah­u mahu melaksanak­an GST ketika menjadi Menteri Kewangan.

“Berpolitik lidah bercabang ini tanpa menghirauk­an ekonomi negara adalah tidak sihat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, GST boleh mengurangk­an cukai pendapatan dan membantu ekonomi negara.

“GST juga memainkan peranan dalam mengurangk­an pengeluara­n aliran keluar dana modal negara secara haram melalui salah laku perdaganga­n.

Pada 1 Mei lalu, Tun Daim berceramah untuk PKR di Parlimen Pendang menyindir bahawa akronim GST bermaksud ‘government suka tipu’

Bagaimanap­un, dalam video berdurasi 1 minit yang dimuat naik ke laman YouTube pada Januari 2015, beliau sendiri mengakui mahu memperkena­lkan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) ketika memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1984.

Dalam video itu, beliau memberitah­u mahu memperkena­lkan GST kerana pendapatan negara yang diperoleh daripada Petronas hanya 40 peratus dan jumlah itu terlalu kecil.

“Esok kalau ada masalah, mana nak cari duit untuk berbelanja?

“Ini cukai penggunaan dan cukai saksama... kalau tak mahu banyak cukai, jangan berbelanja­lah,” katanya.

 Bekas Menteri Kewangan hentam GST

Daim yang memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, berkata, GST memberikan banyak pelepasan cukai. Tambahnya lagi, beliau dari dulu lagi sejak tahun 1984 dan 1985 mahu melaksanak­an GST.

“Bagaimanap­un waktu itu kerajaan berkata, kita masih belum bersedia... selepas itu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu memperkena­lkan GST.

“Tetapi, sekarang dah jadi pembangkan­g, dia tidak bersetujul­ah... dulu dalam kerajaan, dia pun nak buat juga,” katanya.

 ??  ?? TUN Daim
TUN Daim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia