Harian Metro

Bukan ditembak

- Fazrik Kamarudin news@nstp.com.my

 Cermin belakang SUV Datuk pecah mendadak

Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa cermin belakang kenderaan dipandunya pecah mendadak akibat terkena tembakan peluru.

Dalam kejadian jam 10.20 malam kelmarin, mangsa mendakwa sedang bertugasme­ngiringi majikannya itu dengan memandu kenderaan pelbagai guna (SUV) Nissan Xtrail dari sebuah pusat beli-belah di Bangsar menuju sebuah kondominiu­m di Bukit Bandaraya.

Sebaik melalui Jalan Medang Serai di sini, dia mendakwa mendengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati cermin belakang kenderaan dipandu retak sepenuhnya.

Bagaimanap­un, dia meneruskan pemanduan dan hanya memeriksa keadaan cermin itu sebaik tiba di kondominiu­m berkenaan.

Hasil pemeriksaa­n di bahagian dalam kenderaan itu tidak menemui objek mencurigak­an sebelum pengawal peribadi itu membuat laporan polis jam 1 pagi semalam.

Pengawal peribadi itu mendakwa turut melihat kereta mencurigak­an memecut sejurus kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Roslan Khalid ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan itu.

Katanya, siasatan lanjut berkenaan insiden itu masih berjalan, bagaimanap­un siasatan awal polis mendapati cermin yang retak itu bukan berpunca tembakan senjata api.

Tiada kelongsong peluru ditemui di dalam kenderaan berkenaan.

 ??  ??
 ?? Roslan Khalid ?? Siasatan awal mendapati cermin yang retak itu bukan berpunca tembakan senjata api”
Roslan Khalid Siasatan awal mendapati cermin yang retak itu bukan berpunca tembakan senjata api”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia